Pilihan raya kecil Batu Talam 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihanraya Kecil Batu Talam 2007 adalah pilihan raya kecil yang diadakan berikutan daripada kerusi Batu Talam kosong disebabkan kematian wakil rakyatnya, Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember 2006 akibat barah usus.

Rentetan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Batu Talam di Raub, Pahang pada 16 Januari 2007 dan hari pengundian telah ditetapkan pada 28 Januari 2007.[1] Pengundi-pengundi membuang undi di 23 saluran peti undi di 12 daerah mengundi di dalam kawasan DUN Batu Talam. Daerah mengundi tersebut ialah Ulu Atok, Kuala Atok, Sega, Chenua, Batu Malim, Tersang 1, Tersang 2, Hulu Sungai, Batu Talam, Kundang Patah, Cheroh dan Tersang 3.[2]

Calon bertanding[sunting | sunting sumber]

Pada hari penamaan calon, calon-calon yang bertanding adalah :

Nama Calon Parti
Abd. Aziz Mat Kiram (BN UMNO)
Ng Chee Pang (Bebas)

Pilihan raya kecil ini unik kerana hanya calon bebas sahaja yang bertanding menentang Barisan Nasional. Ini disebabkan PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) telah memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang dijadualkan berlangsung 28 Jan ini.[3]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Nama Calon Parti Bilangan Undi Peratusan
Abd. Aziz Mat Kiram (BN UMNO) 6 276
Ng Chee Pang (Calon bebas) 419
Jumlah Pengundi 10 525
Jumlah yang mengundi 7 080 67.32
Undi Rosak 385

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Penamaan calon Batu Talam 16 Jan., mengundi 28 Jan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-03-11. Dicapai pada 2007-01-05.
  2. ^ "Nasib Batu Talam ditentukan hari ini". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-01-28.
  3. ^ "Boikot: Isyarat kepada SPR". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-01-14.