Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014diadakan bagi kerusi parlimen P51 Bukit Gelugor pada 25 Mei 2014 .Hari penamaan calon diadakan pada 12 Mei 2014. Kekosongan itu berikutan Ahli Parlimen sedia ada, Karpal Singh [1] kemalangan maut di km 301.6 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung , Perak pada 17 April 2014. Karpal Singh dari Parti Tindakan Demokratik / DAP , sebuah parti komponen Pakatan Rakyat . Beliau berkhidmat di sana sejak 1978 dan menjadi pengerusi DAP (2004-2014). Beliau menang dengan majoriti 41778 undi berbanding Barisan Nasional (MCA) iaitu Teh Beng Yeam dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013. [2]

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan bahawa PRK kali ini akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2012 yang digabungkan dengan daftar pemilih 2013 bagi suku pertama, kedua, ketiga dan keempat selain yang dikemas kini sehingga 17 April 2014. Sebelum ini, empat PRK melibatkan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu di Kuala Besut, Terengganu; Sungai Limau, Kedah; Kajang, Selangor dan Balingian, Sarawak. Dua akibat peletakan jawatan dan dua lagi kematian. PRK Teluk Intan diadakan pada 31 Mei 2014 berikutan penyandangnya meninggal dunia akibat penyakit kanser.[3]

daftar pemilih itu mengandungi 82,431 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 82, 255 orang pengundi biasa, 148 pengundi awal dan 28 orang pengundi tidak hadir (PTH) luar negara.

“SPR menggunakan Dewan Sri Pinang, George Town, Pulau Pinang sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi selain turut membuka 21 pusat mengundi yang lain.“Sebanyak 21 pusat mengundi itu merangkumi 17 pusat pengundian biasa yang mengandungi 139 tempat mengundi (saluran) dan empat pusat pengundian awal yang mempunyai empat tempat mengundi (saluran). PRK Parlimen Bukit Gelugor melibatkan tiga DUN dan anggaran kos perbelanjaan PRK itu adalah RM1.9 juta.SPR melantik Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang, Kapt. (B) Ir. Anuar Yahya sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi PRK Bukit Gelugor. “SPR juga melantik 1,095 orang petugas pilihan raya .Selain itu SPR menubuhkan tiga Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) bagi memantau setiap aktiviti sepanjang tempoh berkempen.[4]

Hari penamaan calon[sunting | sunting sumber]

DAP meletakkan Ramkarpal Singh (38 tahun) , anak lelaki Karpal dan seorang peguam. MCA dan Gerakan enggan bertanding.Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak menyatakan bahawa BN akan memberi sokongan kepada calon-calon lain. Naib Presiden Parti Cinta Malaysia dan bekas MP Batu Kawan Huan Cheng Guan serta dua calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohamed Abdul Sathar dan Abu Backer Sidek Mohammad Zan turut bertanding.

Karpal Singh pernah ditewaskan oleh calon-calon Gerakan dan MCA pada PRU. Tahun 1999 Lee Kah Choon mewakili Gerakan berjaya mengalahkan Karpal di kawasan Parlimen Jelutong yang dikuasai DAP sejak 1974. Karpal yang menguasai kerusi itu selama lima penggal sejak 1978 tewas dengan majoriti 775 undi pada PRU 1999. Pada tahun yang sama, Karpal juga disingkirkan di kerusi DUN Datok Keramat apabila tewas kepada calon MCA, Lim Boo Chang. Karpal bangkit semula pada 2004 apabila bertanding di kawasan baru yang diwujudkan iaitu Bukit Gelugor yang sebelum itu dikenali sebagai kawasan DUN di bawah Parlimen Bayan Baru.Pada PRU itu, Karpal menebus keka­lahannya dengan mengalahkan Lim Boo Chang.Bukit Gelugor mengandungi DUN Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong yang kesemuanya diwakili DAP. Ekoran itu Karpal Singh digelar sebagai 'Harimau Jelutong'.

Mohamed Nabi Bux merupakan ahli PAS cawangan Gombak, Selangor tetapi PAS Pusat menafikannya.Mohamed Nabi Bux menggunakan simbol bunga manakala Abu Backer Sidek menggunakan simbol kuda. Calon dari People Front Party (PFP), Lim Chee Khoon tidak dibenarkan bertanding kerana gagal menyediakan deposit pilihan raya mencukupi.Seorang lagi calon Bebas, Mohd Yacoob Mohd Noor (26) juga tidak dibenarkan bertanding selepas gagal menyediakan pencadang dan penyokong .

Calon Bebas, Abu Backer Sidek didakwa mengeluarkan perkataan berbaur perkauman sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa individu serta petugas media.[5]

Perjalanan kempen[sunting | sunting sumber]

Ramkarpal meneruskan legasi politik bapanya serta mengikuti jejak dua lagi abangnya terlibat dalam arena politik. Jagdeep Singh Deo merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Pulau Pinang manakala anak keduanya, Gobind Singh Deo ialah Ahli Parlimen Puchong. Jika menang, ada wujud 3 ahli keluarga dalam politik DAP dan Malaysia, sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam BN.[6]

Setiausaha Agung parti MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan mengumumkan MCA tidak akan bertanding di kawasan mojoriti Cina itu. Gerakan juga tidak menurunkan calonnya.[7] BN bergantung harap kepada calon bebas, Datuk Huan Cheng Guan - (PCM) .Fokus manifesto ialah membasmi rasuah dalam BN dan Pakatan Rakyat, membuka tiga pusat khidmat di setiap DUN, audit tanah kerajaan negeri Pulau Pinang dan lobi untuk membina rumah kos rendah.[8]

Pengundian[sunting | sunting sumber]

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Azizal Ahmad memaklumkan seramai 148 pengundi berdaftar akan membuang undi mereka di empat pusat pengundian awal yang akan dibuka sehingga pukul 2 petang.Empat pusat pengundian awal itu ialajh Tabika Kemas Markas Gerakan Marin Wilayah Satu di Batu Uban, bilik maklumat Balai Polis Air Hitam, bilik maklumat Balai Polis Bandar Baharu dan Markas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) KD Sri Pinang di Gelugor. Dakwat kekal akan digunakan oleh pengundi. Beliau turut menjelaskan, semua anggota tentera dan keluarga mereka akan mengundi di Markas TLDM KD Seri Pinang. [9]

Keputusan[sunting | sunting sumber]

[10][11]

Dewan Rakyat: Pilihan raya kecil Bukit Gelugor 2014
Parti Calon Undian % ±%
Pakatan Rakyat Ramkarpal Singh 41,242 89.95 10.07
Parti Cinta Malaysia Huan Cheng Guan 3,583 7.81 N/A
Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abd Sathar 799 1.74 N/A
Bebas Abu Backer Sidek Mohammad Zan 225 0.49 N/A
Undian rosak 539 1.16 0.23
Majoriti 37,659 82.14 22.38
Peratusan mengundi 46,388 56.27 29.88
Pakatan Rakyat kekal Peralihan N/A

[12]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "P51 Bukit Gelugor". Utusan Malaysia. Mei 2013.
  2. ^ "Bukit Gelugor by-election set for May 25, nominations May 12, says polls body". The Malaysian Insider. April 24, 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-24.
  3. ^ "Lihat corak pengundian di Bukit Gelugor, Teluk Intan". Utusan Malaysia. 5 Mei 2014.
  4. ^ "PRK Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei". Utusan Malaysia. 25 April 2014.
  5. ^ "Persaingan 4 penjuru di Bukit Gelugor". Utusan Malaysia. 13 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-21. Dicapai pada 2014-05-20.
  6. ^ "Ramkarpal calon PRK Parlimen Bukit Gelugor". Utusan Malaysia. 10 Mei 2014.
  7. ^ "PRK Bukit Gelugor: BN akan sokong calon Bebas?". Utusan Malaysia. 12 Mei 2014.
  8. ^ "Sembilan manifesto PRK Bukit Gelugor - Cheng Guan". Utusan Malaysia. 14 Mei 2014.
  9. ^ "Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor Live". Utusan Malaysia. 22 Mei 2014.
  10. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 2014-05-25.
  11. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-25. Dicapai pada 2014-05-25.
  12. ^ http://www.malaysiakini.com/news/263833