Pilihan raya umum Ireland 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pilihan raya umum Ireland 2011
Republik Ireland
2007 ←
25 Februari 2011
TD yang dipilih
→ Next

  EPP Summit 18 June 2009 cropped.jpg Eamon Gilmore Conference 2010 cropped.jpg Micheál Martin.jpg
Parti Fine Gael Parti Buruh Fianna Fáil
Undian popular 801,725 431,798 387,362
Peratusan 36.1 19.4 17.4

  Gerry Adams Easter Lily Badge cropped.jpg
Parti Sinn Féin United Left Alliance New Vision
Popular vote 220,660 57,139 25,422
Percentage 9.9 2.6 1.1

  Parti ketujuh
  John Gormley TD, Minister for the Environment, Heritage and Local Government.jpg
Parti [[Parti Hijau (Ireland)|Templat:Parti Hijau (Ireland)/meta/shortname]]


Undian popular 41,039
Peratusan 1.8

Taoiseach sebelum pilihan raya

Brian Cowen
Fianna Fáil

Taoiseach Seterusnya

TBD

Pilihan raya umum Ireland 2011 berlangsung pada Jumaat, 25 Februari, untuk memilih 165 orang Teachtaí Dála (Wakil Rakyat)[nb 1] dari 43 kawasan pengundian Dáil Éireann, dewan rakyat parlimen Ireland, iaitu Oireachtas. Dáil dibubarkan dan pilihan raya umum diumumkan oleh Presiden Mary McAleese pada 1 Februari, atas nasihat Taoiseach (Perdana Menteri) Brian Cowen.[1] Para pengundi ditugaskan memilih ahli-ahli Dáil ke-31 yang mulai bersidang pafa 9 Mac 2011 untuk mencalonkan Taoiseach serta meratifikasi menteri-menteri Kerajaan pada Dáil ke-31.

Sebelum ini, pada 20 Januari, Cowen mengumumkan bahawa pilihan raya diadakan pada 11 Mac, dan selepas belanjawan 2011 diluluskan, beliau menginginkan pembubaran Dáil ke-30 oleh Presiden.[2] Akan tetapi, Parti Hijau, parti terbaru dalam kerajaan campuran bersama Fianna Fáil yang dianggotai oleh Cowen, menarik diri dari kerajaan pada 23 Januari atas alasan bahawa pihaknya akan menyokong rang kewangan yang terpenggal dari pihak pembangkang supaya pilihan raya diadakan lebih awal.[3] Pada 24 Januari, Menteri Kewangan, Brian Lenihan, Jnr mencapai kata sepakat dengan pihak pembangkang di Dáil Eireann untuk melengkapkan semua peringkat pelulusan rang kewangan di kedua-dua dewan Oireachtas, sebelum 29 Januari; selepas itu, Dáil perlu dibubarkan serta-merta.[4] Mengikut perlembagaan, pilihan raya mesti diadakan tidak lebih 30 hari sepelas Dáil dibubarkan.[nb 2]


Fianna Fáil hilang kuasa[5] dalam kekalahan paling teruk oleh parti pemerintah semenjak negara Ireland berdaulat pada tahun 1921. Fianna Fáil hilang lebih setengah undian keutamaan pertamanya dari tahun 2007 dan hanya mempertahankan 20 kerusi. Parti ini akan menjadi parti ketiga terbesar dalam Dáil ke-31, kali pertama ia tidak menjadi parti terbesar dalam dewan rakyat sejak pilihan raya 1927. Akhbar The Irish Times memerikan kejatuhan Fianna Fáil sebagai "kekalahan yang melakar sejarah." [6] Fine Gael memenangi 76 kerusi untuk menjadi parti terbesar di Dáil buat kali pertama dalam sejarah 78 tahunnya, manakala Parti Buruh menjadi kedua terbesar, dan Sinn Féin juga menambah kerusinya. Pemimpin Fine Gael, Enda Kenny diduga menjadi Taoiseach kerajaan campuran bersama Parti Buruh.[7][8][9][10]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Ceann tidak disediakan
  2. Constitution of Ireland, Article 16.3.2°

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Election date confirmed as February 25", BreakingNews.ie. Dicapai pada 1 Februari 2011. 
  2. "Termination of Ministerial Appointments: Announcement by Taoiseach". Dáil Éireann Debate. Oireachtas. 20 Januari 2011. pp. Vol. 726 No. 5. http://debates.oireachtas.ie/dail/2011/01/20/00005.asp. Capaian 22 Januari 2011. 
  3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan rte20110123 tidak disediakan
  4. "Election due after deal struck", Irish Independent, 24 Januari 2011. Dicapai pada 24 Januari 2011. 
  5. Angry electorate coldly voted to liquidate Fianna Fáil
  6. Ferriter, Diarmaid.Recapturing relevance a huge challenge for FF. The Irish Times, 2011-03-01.
  7. Irish election: Enda Kenny claims opposition victory. BBC News, 26 Februari 2011
  8. Fine Gael poised to lead next government as FF collapses. The Irish Times, 27 Februari 2011
  9. McDonald, Henry. Fianna Fáil trounced as Fine Gael and Labour set to form coalition. The Guardian, 27 Februari 2011.
  10. steps taken to form coalition government

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Manifesto[sunting | sunting sumber]