Pilihan raya umum Lubnan 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lebanese general election, 2009

← 2005 7 June 2009 2013 →

All 128 seats to the Parliament of Lebanon
Gabungan March 14 Alliance March 8 Alliance
Kerusi yang
dimenangi
71 57


Lubnan

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan pemerintahan
Lubnan



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan raya umum Lubnan 2009 telah diadakan di Lubnan pada 7 Jun 2009. Parti perikatan pro-Barat memperoleh kemenangan mengejut pada pilihan raya Parlimen Lebanon. Parti Perikatan 14 Mac menewaskan pakatan pimpinan Hizbullah yang mendapat sokongan Iran dan Syria.Pemimpin Perikatan 14 Mac, Saad al-Hariri, seorang penganut Sunah, mengikut jejak bapanya yang mati dibunuh, Rafik Hariri. Pegawai daripada kedua-dua kem menganggarkan blok pro-Barat itu memenangi kira-kira 70 daripada 128 kerusi Parlimen .

Menteri Dalam Negeri, Ziad Baroud mengumumkan keputusan rasmi pilihan raya ini.Perdana Menteri Fuad Siniora membuat ucapan kemenangan di stesen televisyen.

Keputusan pilihan raya ini akan menentukan corak Krisis Arab-Israel dan Krisis Israel-Lubnan pada masa depan. Selama ini Syria dan Iran membekalkan senjata pada 2006 dan bantuan kebajikan kepada penduduk selatan Lubnan.

Kemenangan ini akan memudahkan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama untuk memulakan kembali proses damai Asia Barat. Sebaliknya Jika Hizbullah menang, secara tidak langsung akan meningkatkan pengaruh Syria dan Iran yang memungkinkan negara itu dipencilkan pada peringkat antara bangsa, selain konflik lebih buruk dengan Israel.

Perikatan 14 Mac menang[sunting | sunting sumber]

Penyokong Perikatan 14 Mac meraikan kemenangan mereka.Pilihan raya ini diadakan selepas 'Revolusi Cedar' yang membantu mengusir tentera Syria dari Lebanon dan membolehkan kem pro-Barat mengambil alih kerajaan. Kerajaan Syria dan Iran menyokong Hizbullah .Amerika Syarikat (AS), Arab Saudi dan Mesir gembira dengan kemenangan parti Perikatan 14 Mac. Tarikh 14 Mac adalah sempena tarikh rapat umum besar-besaran membantah kehadiran tentera Syria di Lebanon pada 2005.Kem-kem politik mempersoalkan tentera gerila Hizbullah yang memiliki keupayaan senjata lebih besar daripada tentera Lebanon. Hubungan pergerakan Syiah itu dengan Syria yang menguasai Lebanon selama tiga dekad sehingga 2005 juga dipertikaikan.

Kem Hizbulah[sunting | sunting sumber]

Hizbullah dan sekutu menyapu bersih undi di kawasan majoriti Syiah . Malangnya sekutu Hizbullah iaitu Kristian - Michel Aoun kalah dana akan menghalang 'perpaduan negara'. Tentera Israel pernah menyerang kubu-kubu tentera gerila Hizbullah di Lubnan pada tahun 2006 yang membawa kesan sebaliknya di mana Hizbullah menjadi bertambah kuat.Hasrat Israel tidak tercapai kerana terpaksa akur dengan tekanan masyarakat antarabangsa (termasuk AS) untuk mengadakan gencatan senjata. Hizbullah memainkan sentimen anti-Israel.

Melalui Pergerakan Amal, Hizbullah menjadi parti politik yang sah mewakili masyarakat Syiah di Lubnan. Hizbullah menjadi parti terbesar dan pengaruh yang kuat di Lubnan. Parti Hizbullah diktiraf oleh kerajaan dan dibenarkan menyertai Pilihan raya umum bagi mengendurkan dan mengurangkan unsur militan dalam Hizbullah. Namun unsur militan Hizbullah tidak dapat dibendung sepenuhnya.Melalui Jihad al-Bina, pelbagai hospital , tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan perkhidmatan berita disediakan oleh Hizbullah.

Secara amnya, pemimpin Hizbullah , Sayyid Hassan Nasrallah akur dengan kehendak rakyat Lubnan. Ramai yang mempertikaian kekuatan senjata dan ketenteraan Hizbullah yang melangkaui kekuatan tentera Lubnan sendiri.

Stesen televisyen OTV yang dimiliki sekutu Kristian Hizbullah, bekas panglima tentera Michel Aoun, mengaku bahawa calon partinya kalah kerana menentang calon pro-Barat.

Saad al-Hariri[sunting | sunting sumber]

Saad al-Hariri menyatakan tidak ada pihak yang menang dan pihak yang kalah pada pilihan raya ini.Pemenang ialah demokrasi dan pemenang terbesar ialah Lebanon. Beliau bersikap terbuka dan 'menghulur tangan' kepada pihak yang kalah.

Kerajaan tidak sebalik[sunting | sunting sumber]

Kerajaan 'perpaduan negara' mungkin dibentuk demi kestabilan negara .Tetapi kem Hizbullah mungkin berkeras mahukan kuasa veto.Presiden Lubnan, Michel Suleimen pula melahirkan harapan agar sebuah kerajaan perpaduan kebangsaan dapat dibentuk. Menurut Perjanjian Doha, Presiden Lubnan diserahkan kepada puak Kristian dan jawatan Perdana Menteri Lubnan diserahkan kepada puak Islam.

Kebuntuan Parlimen pada pilihan raya lalu akan berulang kerana pakatan pro Barat menang 70 kerusi manakala pakatan Hizbullah, menang 58 kerusi. [1][2]

Keputusan pilihan raya 2009[sunting | sunting sumber]

Agihan kerusi parlimen Lebanon (Majlis an-Nuwwab)

menurut Perjanjian Doha bagi menamatkan Perang saudara Islam -Kristian di Lubnan.

Jumlah Maronites Syiah Sunah Gereja Greek Orthodox Druze Armenian Orthodox Greek Catholic Alawite Protestant Other Christians
Beirut 19 Beirut 1 5 1 - - 1 - 1 1 - - 1
Beirut 2 4 - 1 1 - - 2 - - - -
Beirut 3 10 - 1 5 1 1 - - - 1 1
Bekaa 23 Baalbek+Hermel 10 1 6 2 - - - 1 - - -
Zahleh 7 1 1 1 1 - 1 2 - - -
Rashaya+West Bekaa 6 1 1 2 1 1 - - - - -
Mount Lebanon 35 Jbeil 3 2 1 - - - - - - - -
Kisrawan 5 5 - - - - - - - - -
North Metn 8 4 - - 2 - 1 1 - - -
Baabda 6 3 2 - - 1 - - - - -
Aley 5 2 - - 1 2 - - - - -
Chouf 8 3 - 2 - 2 - 1 - - -
North Lebanon 28 Akkar 7 1 - 3 2 - - - 1 - -
Dinniyeh & Minieh 3 - - 3 - - - - - - -
Bsharreh 2 2 - - - - - - - - -
Tripoli 8 1 - 5 1 - - - 1 - -
Zgharta 3 3 - - - - - - - - -
Koura 3 - - - 3 - - - - - -
Batrun 2 2 - - - - - - - - -
South Lebanon 23 Saida 2 - - 2 - - - - - - -
Tyre 4 - 4 - - - - - - - -
Zahrani 3 - 2 - - - - 1 - - -
Hasbaya & Marjeyoun 5 - 2 1 1 1 - - - - -
Nabatiyeh 3 - 3 - - - - - - - -
Bint Jbeil 3 - 3 - - - - - - - -
Jezzine 3 2 - - - - - 1 - - -
Total 128 128 34 27 27 14 8 5 8 2 1 2

Rujukan[sunting | sunting sumber]