Pilihan raya umum Malaysia 1982

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan Raya Umum Malaysia 1982 merupakan pilihan raya umum yang ke-6 di Malaysia, dan pilihan raya umum yang pertama sejak Dr Mahathir bin Mohammad menjadi Perdana Menteri. Sebagaimana yang dijangka, parti campuran Barisan Nasional mengekalkan majoritinya dalam parlimen dan oleh itu, memeliharakan genggamannya terhadap jawatan Perdana Menteri serta membentuk kerajaan.


Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Dengan kemenangan 132 kerusi daripada 154 kerusi dalam Dewan Rakyat, ini merupakan 85.7% daripada jumlah kerusi, dan merupakan pencapaian yang kedua tertinggi sejak kemerdekaan ketika itu. Pencapaian tertinggi adalah pada tahun 1974 semasa Tun Abdul Razak merupakan Perdana Menteri dan ini mungkin disebabkan keinginan rakyat untuk keamanan dan kestabilan selepas kejadian Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.

Walaupun parti-parti pembangkang pada keseluruhannya memperoleh 39.5% daripada jumlah undi, mereka hanya memenangi 22 kerusi yang tinggal. Berdasarkan keputusan parti pembangkang masing-masing, Lim Kit Siang daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengekalkan jawatannya sebagai ketua pembangkang dalam Parlimen.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
1978
Pilihan Raya Umum Malaysia Diikuti oleh:
1986