Pilihan raya umum Thailand 2011
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Thailand |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Isu-isu berhubungkait
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Sebuah pilihan raya umum berlangsung di seluruh Thailand pada hari Ahad, 3 Julai 2011, atas Dekri Diraja untuk Membubarkan Dewan Perwakilan, BE 2554 (2011) yang menyebabkan pembubaran Dewan Perwakilan pada 10 Mei 2011.[1]
Cadangan untuk mengadakan pilihan raya pada 14 November 2010 pernah diusulkan dahulu,[2] tetapi terpaksa ditangguhkan. Pengumuman Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva supaya mengadakan pilihan raya itu timbul ekoran pergolakan selama berbulan-bulan oleh Barisan Bersatu untuk Demokrasi Menentang Kediktatoran (UDD) atau penyokong "Baju Merah" bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. Pihak pembangkang nyata meluahkan sokongan untuk rancangan itu, tetapi mengehendaki parlimen dibubarkan.[3]
Dengan peratusan kehadiran pengundi berdaftar pada 66%,[4] Parti Pheu Thai yang populis meraih majoriti dengan 265 kerusi,[5] sementara ketua parti ini, Yingluck Shinawatra menjadi perdana menteri wanita yang pertama dalam sejarah Thailand.[6] Parti Demokrat pula menjadi parti pembangkang utama dengan 159 kerusi.[5]
Keputusan pilihan raya [sunting]
Tinjauan eksit mendapati bahawa Parti Pheu Thai memenangi pilihan raya terang-terangan dengan meraih majoriti kerusi.[7][8]
Menurut keputusan awal, Pheu Thai memenangi 265 kerusi (204 berasaskan kawasan + 61 senarai parti), Demokrat 159 (115 + 44), Bhumjai Thai 34 (29 + 5), Chartthaipattana 19 (15 + 4), Palung Chon 7 (6 + 1), Chart Pattana Puea Pandin 7 (5 + 2), Cinta Thailand 4 (senarai parti sahaja), Matubhum 2 (1 + 1), Demokrat Baru 1 (senarai parti) dan Mahachon (senarai parti).[5] Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva sudah pun mengakui kekalahan Parti Puea Thai lalu mengucapkan tahniah kepada Ms. Shinawatra sebagai bakal Perdana Menteri.[6]
Menurut perangkaan awal dari Suruhanjaya Pilihan Raya, kadar kehadiran pengundi berdaftar adalah 65.99%.[4]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Thai elections likely to be held on July 3". News.asiaone.com. 7 May 2011. http://news.asiaone.com/News/Latest%2BNews/Asia/Story/A1Story20110507-277598.html. Capaian 4 Julai 2011.
- ↑ "Asia-Pacific – Thai red shirts accept peace offer". Al Jazeera English. http://english.aljazeera.net/news/asia-pacific/2010/05/20105411839685847.html. Capaian 5 Mei 2010.
- ↑ By Thanyarat Doksone (AP) – one day ago. "Thai protesters welcome PM's offer, want details". The Associated Press. Google. http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5g3j-vAVG1fg3kEfnogTiH8_4EXvwD9FG1T9O0. Capaian 5 Mei 2010.
- ↑ 4.0 4.1 "Unofficial voter turnout 65.99%", 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
- ↑ 5.0 5.1 5.2 "General Election 2011", 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
- ↑ 6.0 6.1 "Yingluck Shinawatra set to be Thailand's first female premier", CNN, 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.
- ↑ "Thai opposition appears set for victory", CBC News, 3 Julai 2011. Dicapai pada 3 July 2011.
- ↑ "Landslide victory for allies of ousted Thai leader in exit polls", 3 July 2011. Dicapai pada 3 Julai 2011.