Pilihan raya umum di Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Indonesia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Indonesia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Pilihan raya umum di Indonesia diadakan untuk memilih ketua negara, iaitu Presiden Indonesia, serta juga untuk Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dewan perundangannya. Kedua-dua Presiden dan anggota-anggota DPR dipilih untuk tempoh lima tahun.

Dewan Perwakilan Rakyat dipilih melalui perwakilan berkadar daripada calon-calon kawasan pilihan raya. Oleh sebab Indonesia mengamalkan sistem berbilang parti, tiada sebarang parti tunggal yang biasanya dapat benar-benar mencapai kemenangan dan oleh itu, parti-parti politik harus bekerjasama untuk membentuk kerajaaan campuran.

Umur mengundi di Indonesia sekurang-kurangnya 17 tahun. Pada sepanjang sejarah Indonesia, Indonesia telah mengadakan sebelas pilihan raya umum, iaitu pada tahun 1955, 1971, 1977, 1982, 1987, 1992, 1997, 1999, 2004, 2009 dan 2014:



Pilihan raya umum terkini[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Umum Indonesia, 2004 merupakan pilihan raya umum pertama yang para pengundi dapat memilih calon-calon Presiden dan Timbalan Presiden Indonesia secara langsung. Pemenang pilih raya umum ini ialah Susilo Bambang Yudhoyono.

Pilihan raya umum ini diadakan dalam dua pusingan. Pusingan pertama dimenangi oleh Golkar, diikuti oleh Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P). Pusingan kedua digunakan untuk memilih presiden yang diwarnai persaingan antara Yudhoyono dan Megawati Sukarnoputri yang akhirnya dimenangi oleh pasangan Yudhoyono-Jusuf Kalla.

Pertukaran kekuasaan berlangsung dengan lancar dan merupakan suatu peristiwa bersejarah bagi Indonesia yang belum pernah mengalami sebarang pertukaran kekuasaan tanpa huru-hara. Satu-satunya cacat pada pertukaran kekuasaan ini adalah ketidakhadiran Megawati untuk upacara pelantikan Yudhoyono sebagai presiden.


[bincang] – [sunting]
Keputusan Pilihan Raya Presiden Indonesia pada 5 Julai dan 24 September 2004
Calon Parti politik Pusingan pertama Pusingan kedua
Undi % Undi %
Susilo Bambang Yudhoyono Parti Demokratik 36,051,236 33.58 67,196,112 60.9
Megawati Sukarnoputri Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan 28,171,063 26.24 43,198,851 39.1
Wiranto Golkar 23,811,028 22.18
Amien Rais Parti Amanat Nasional 16,035,565 14.94
Hamzah Haz Parti Persatuan Pembangunan 3,275,011 3.06
Jumlah 106,228,247 100.0 110,394,163 100.0
Sumber: KPU


[bincang] – [sunting]
Keputusan Dewan Perwakilan Rakyat pada 5 April 2004
Parti politik Undi % Kerusi
Golkar 24,480,757 21.6 128
Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan 21,025,991 18.5 109
Parti Kebangkitan Bangsa 11,994,877 10.6 52
Parti Persatuan Pembangunan 9,248,265 8.1 58
Parti Demokrat 8,455,213 7.5 57
Parti Keadilan Sejahtera 8,324,909 7.3 45
Parti Amanat Nasional 7,302,787 6.4 52
Parti Bulan Bintang 2,970,320 2.6 11
Parti Bintang Reformasi 2,763,853 2.4 13
Parti Damai Sejahtera 2,425,201 2.1 12
Parti Karya Peduli Bangsa 2,398,117 2.1 2
Parti Keadilan dan Persatuan di Indonesia 1,423,427 1.2 1
Parti Persatuan Demokrasi Kebangsaan 1,313,654 1.2 5
Parti Nasional Banteng Kemerdekaan 1,230,455 1.1 1
Parti Patriot Pancasila 1,073,064 0.9 -
Parti Nasional Indonesia Marhaenisme 922,451 0.8 1
Parti Pelopor 897,115 0.8 2
Parti Persatuan Nahdlatul Ummah Indonesia 895,566 0.8 -
Parti Penegak Demokrasi Indonesia 855,218 0.7 1
Parti Merdeka 841,821 0.7 -
Parti Syarikat Indonesia 679,296 0.6 -
Parti Perhimpunan Indonesia Baru 672,952 0.6 -
Parti Persatuan Daerah 657,907 0.6 -
Parti Buruh Sosial Demokrat 635,182 0.6 -
Jumlah 113,488,398 - 550

Pilihan raya umum dahulu[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Umum 1955[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum yang pertama di Indonesia diadakan pada tahun 1955, dan bertujuan untuk memilih anggota-anggota Dewan Perwakilan Rakyat serta Majlis Perlembagaan Indonesia (Konstituante). Pilihan raya umum ini dikendalikan oleh kerajaan Perdana Menteri Ali Sastroamidjojo, namun Ali Sastroamidjojo pada dirinya tidak bertanding, dan Burhanuddin Harahap kemudian menjadi Perdana Menteri.

Pilihan Raya Umum Indonesia 1955 diadakan pada dua peringkat, iaitu:

Lima buah parti politik yang terbesar dalam pilihan raya ini ialah Parti Nasional Indonesia, Masyumi, Nahdlatul Ulama, Parti Komunis Indonesia, dan Parti Syarikat Islam Indonesia.

Pilihan Raya Umum 1971[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum ini yang merupakan pilihan raya pertama selepas pengasasan Order Baru diadakan pada 5 Julai 1971 dan disertai oleh sepuluh parti politik.

Lima buah parti politik yang terbesar dalam pilihan raya ini ialah Golkar, Nahdlatul Ulama, Parmusi, Parti Nasional Indonesia, dan Parti Syarikat Islam Indonesia.

Penggabungan parti politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1975, Undang-Undang Nombor 3 Tahun 1975 tentang Parti Politik dan Golkar menetapkan bahawa semua parti politik, kecuali Parti Golongan Karya (Golkar), digabungkan menjadi dua buah parti politik yang besar, iaitu Parti Persatuan Pembangunan (PPP) dan Parti Demokrasi Indonesia (PDI).

Pilihan Raya Umum Order Baru (1977-1997)[sunting | sunting sumber]

Pilihan-pilihan raya yang berikut diadakan pada:

Diselenggarakan di bawah pemerintahan Presiden Suharto, pilihan-pilihan raya ini sering disebut dengan Pilihan Raya Umum Order Baru. Sesuai dengan peraturan penggabungan parti-parti politik pada tahun 1975, pilihan-pilihan raya hanya disertai oleh tiga buah parti politik. Pilihan-pilihan raya tersebut kesemuanya dimenangi oleh Parti Golongan Karya (Golkar).

Pilihan Raya Umum 1999[sunting | sunting sumber]

Pilihan Raya Umum 1999 yang diadakan pada 7 Jun 1999 di bawah kerajaan Jusuf Habibie merupakan pilihan raya umum yang pertama yang diadakan selepas kejatuhan Order Baru.

48 buah parti politik menyertai pilihan raya ini. Lima buah parti politiknya yang terbesar ialah Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan, Parti Golongan Karya (dibaharui), Parti Persatuan Pembangunan, Parti Kebangkitan Bangsa, dan Parti Amanat Nasional.

Oleh sebab Pilihan Raya Umum 1999 hanya bertujuan untuk memilih anggota-anggota Majlis Musyawarah Rakyat (MPR), Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), presiden yang baru dipilih oleh Majlis Musyawarah Rakyat. Namun walaupun Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan meraih suara yang terbanyak (dengan jumlah undi sebanyak 35%), yang dilantik menjadi presiden bukannya Megawati Sukarnoputri daripada parti itu, tetapi Abdurrahman Wahid daripada Parti Kebangkitan Bangsa. Megawati dilantik sebagai Timbalan Presiden.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]