Pincer kerdil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pincer kecil)
Pincer kerdil
Pincer kerdil
Nama lainPincer katik
Pincer kecil
Nama ringkasMin pin
King of the toys
Negara asalJerman
Trait
Berat 4–6 kilogram (8.8–13.2 lb)
Tinggi 25–30 sentimeter (9.8–11.8 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Pincer kerdil,[a] pincer katik,[b] atau pincer kecil[c] ialah satu baka anjing kecil daripada jenis pincer yang berasal dari Jerman. Walaupun keserupaan visual baka ini dengan terier mainan Manchester, yang agak serupa dengan baka-baka pincer, kekal sebagai kontroversi, penyelidikan genetik (yang diterbitkan pada tahun 2007) telah menunjukkan bahawa kedua-dua baka mempunyai keleluhuran unik yang dikongsi.[1] Keleluhuran bagi terier mainan Manchester dan pincer kerdil mungkin telah menjadi terpisah secara geografi sejak berabad-abad lama dan mengekalkan keserupaan hanya melalui pembiakbakaan terpilih untuk trait-trait sama; walau apa pun, penyelidikan tahun 2017 itu juga menunjukkan bahawa kedua-dua baka kekal lebih berkait rapat dengan satu sama lain berbanding dengan kaitan dengan baka-baka lain.[2] Leluhur baka ini mungkin juga termasuk pincer Jerman, grehaun Itali, dan dachshund.[3] Asal usul pincer kerdil yang diketahui adalah di Jerman dengan rujukan kepadanya dengan istilah Zwergpinscher ("pincer kerdil") dalam dokumen-dokumen bersejarah. Dokumen-dokumen Kelab Kenel Jerman juga merujuk pincer kerdil sebagai Rehpinscher, namun istilah ini hanya digunakan untuk anjing berwarna merah rusa dengan bahagian "Reh" yang merujuk rusa merah kecil yang dahulunya terdapat di hutan-hutan Jerman. Pincer kecil berasal dari beberapa abad lalu sebagai pemburu tikus cekap untuk bangsal.

Artifak dan lukisan bersejarah menempatkan pincer kerdil sebagai baka sangat tua, tetapi pendokumenan berfakta bermula kurang daripada 200 tahun lalu, meninggalkan asal usul sebenarnya untuk diperdebatkan. Ramai sejarawan dan mereka yang telah menyelidik latar belakang baka ini bersetuju bahawa warisannya mungkin sekali betul, dengan menambahkan pincer berbulu pendek Jerman ke dalam pokok keluarganya. Kelab kenel antarabangsa, iaitu Persekutuan Kinologi Antarabangsa, menyenaraikan pincer kerdil dalam Kumpulan 2, Section 1.1 Pincer, bersama dengan anjing Dobermann, pincer Jerman, pincer Austria, dan pincer mainan lagi satu, iaitu pincer monyet.[4] Kelab-kelab kenel lain menyenaraikan pincer kerdil dalam Kumpulan Mainan atau Kumpulan Teman.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Salah konsep bahawa pincer katik ialah "anjing katik Dobermann" berlaku kerana pincer Dobermann (baka yang dikembangkan oleh Karl Friedrich Louis Dobermann pada sekitar tahun 1890) diperkenalkan ke Amerika Syarikat sebelum pincer katik. Pada tahun 1919, pincer katik diperkenalkan ke dalam gelanggan pertunjukan AKC. Pada masa itu, tanpa pengetahuan bahawa ia dirujuk secara rasmi di Jerman sebagai Zwergpinscher ("pincer kerdil"), AKC merujuk baka ini sebagai hanya "Pinscher" dan menyenaraikannya dalam kategori lain-lain. Apabila Miniature Pinscher Club of America (MPCA) diwujudkan pada tahun 1929 (tahun pengenalan rasmi baka ini ke dalam AKC), mereka mempetisyenkan agar pincer katik diletakkan dalam Kumpulan Mainan. Perihal AKC, bahawa anjing ini "mesti terlihat seperti anjing Dobermann dalam saiz katik", membawa kepada salah konsep yang umum kini bahawa baka ini ialah "pincer katik Dobermann".

Nama asli untuk baka ini di Amerika Syarikat ialah "Pinscher (Toy)" ("pincer (mainan)") sehingga tahun 1972 apabila nama itu diubah secara rasmi kepada Miniature Pinscher ("pincer katik").[5]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Lukisan seekor pincer dan seekor pincer kerdil oleh Jean Bungartz

Pendokumenan baka ini bermula kurang daripada 200 tahun lalu.[3] Ia digunakan secara tradisional untuk memburu mencit, cicak, burung kecil, arnab, dan haiwan perosak dan merupakan anjing pemburu. Terdapat lukisan oleh Jean Bungartz yang diterbitkan pada tahun 1888 yang membandingkan pincer kerdil dengan pincer Jerman.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Pincer kerdil dari segi struktur ialah anjing cukup seimbang, kukuh, padat, bergandingan pendek, berlapis bulu licin. Ia secara semula jadi cukup rapi, cergas, dan berwaspada. Trait utamanya merupakan aksi mirip kuda Hackney, animasi tanpa ketakutan, pemilikan diri lengkap, dan kehadiran bersemangat. Tungkainya patut lurus tanpa bengkok ke dalam atau ke luar. Ia juga diketahui mempunyai kebimbangan perpisahan.[6] Pincer kerdil kerap mempunyai ekor dan telinga terpotong, walaupun AKC tidak lagi mensyaratkan pemotongan telinga untuk pertunjukan. Ia juga kadang-kadang dapat mempunyai telinga tegak semula jadi.

Saiz[sunting | sunting sumber]

Menurut American Kennel Club, pincer katik patut setinggi 10–12 12 inci (25–32 cm) dengan ketinggian yang paling diingini sebanyak 11–11 12 inci (28–29 cm) pada titik tertinggi tulang belikat. Panjangnya adalah sama dengan ketinggian, walaupun betina mungkin lebih panjang sedikit.[6] Berat unggul ialah 8–10 paun (3.6–4.5 kg).[7] Terdapat juga pincer kerdil cawan teh yang kira-kira separuh daripada saiz pincer kerdil normal.

Bulu dan warna[sunting | sunting sumber]

Lapis bulunya pendek dan licin tanpa lapis bulu bawah. Warna tersedia termasuk merah padu, merah rusa, merah rusa biru, merah rusa coklat, merah rusa perang kekuning-kuningan, serta hitam, kelabu, coklat, biru dan perang kekuning-kuningan dengan titik-titik sawo matang atau titik-titik karat. Untuk penunjukan di Amerika Syarikat, AKC menyingkirkan semua warna kecuali warna padu atau merah rusa dan hitam atau coklat dengan titik-titik karat.[8] Pinscher-Schnauzer Club, yang mengekalkan piawaian untuk penunjukan di Jerman, mempunyai sekatan sama.[9] Di United Kingdom, biru dengan titik-titik karat diizinkan dalam gelanggang pertunjukan.[10] Tompok-tompok putih lebih besar daripada setengah inci atau tompok-tompok hitam pada titik-titik itu merupakan syarat penyingkiran untuk penunjukan di kebanyakan negara. Merle bukan pewarnaan yang diterima untuk baka ini.

Penjagaan[sunting | sunting sumber]

Penjagaan bulu adalah mudah, kerana lapis bulu licin berbulu pendek memerlukan sedikit perhatian, hanya memerlukan pemberusan dan penggunaan syampi.[6] Mesti ada perhatian dalam cuaca sejuk. Sweater atau selimut bayi dapat membantu untuk mengekalkan pincer kerdil daripada menjadi terlalu sejuk.[11] Pincer kerdil ialah baka giat dan memerlukan akses ke halaman berpagar atau dibawa berjalan kaki setiap hari.[12] Sesetengah pincer kerdil terdedah kepada berat badan berlebihan, jadi ada keperluan untuk memerhatikan pengambilan kalori dan tahap berat badan.[13] Ganjaran dapat menjadi bantuan penting dalam pelatihan, tetapi pemberian terlalu banyak ganjaran dapat menyebabkan obesiti.[13]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Pincer kerdil adalah untuk pemilik anjing berpengalaman. Ramai orang memandang rendah tentang penjagaan, masa, dan usaha yang diperlukan untuk membesarkan pincer kerdil. Pincer kerdil ialah baka yang tegas, mudah bergaul, aktif, dan berdikari.[12] Pincer kerdil bertenaga dan memerlukan halaman berpagar untuk berlari di dalamnya; ia sesuai sebagai anjing ketangkasan. Ia merupakan ahli lepas diri hebat dan sesetengah orang mengesyorkan kenel dengan penutup di atasnya supaya ia dapat berlari di dalam.[12] Ia merupakan anjing pengawal bagus kerana ia berwaspada dan menurigai orang asing.[6][14] Ia dapat semudahnya memberikan amaran kepada pemiliknya tentang kehadiran seseorang, kegembiraannya, atau kesunyiannya dengan salakan bernada tinggi.[15] Ada syor bahawa orang dewasa dan remaja, bukan pula kanak-kanak kecil, bermain dengan pincer kerdil kerana kanak-kanak kecil bermain dengan kasar.[perlu rujukan] Pincer kerdil ialah baka degil dalam soal pelatihan, tetapi setelah terlatih, ia mematuhi perintah dengan baik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: ڤينچر کرديل; Jerman: Zwergpinscher
  2. ^ Jawi: ڤينچر کاتيق; bahasa Inggeris: miniature pinscher
  3. ^ Jawi: ڤينچر کچيل

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.cell.com/cell-reports/fulltext/S2211-1247(17)30456-4
  2. ^ Maka, pincer kerdil bukan versi "skala mengecil" bagi pincer Dobermann yang lebih besar, walaupun kedua-dua mungkin mengongsi sedikit keleluhur terkini. Oleh itu, penyelidikan genetik mengecualikan hubungan ketara antara pincer kerdil dengan baka-baka seperti dachshund dan grehaun Itali, yang sebelumnya dicadangkan oleh para sejarawan dan para penyelidik lain bagi baka ini (American Kennel Club)
  3. ^ a b "Miniature Pinscher History". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Februari 2014. Dicapai pada 8 Januari 2024.
  4. ^ "Zwergpinscher". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 8 Januari 2024.
  5. ^ "Miniature Pinscher History". Miniature Pinscher Club of America (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  6. ^ a b c d "Miniature Pinscher Breed Standard". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 April 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  7. ^ "Ideal Weight Ranges". Association for Pet Obesity Prevention (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  8. ^ "Miniature Pinscher - Colors and Markings". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  9. ^ "Zwergpinscher Standard" (PDF). Pinscher-Schnauzer Klub (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  10. ^ "Kennel Club UK Miniature Pinscher Breed Standard". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  11. ^ "Miniature Pinscher". Animal-World (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  12. ^ a b c Sandhorst, Cindy. "Miniature Pinscher Breed Profile". Rescue Every Dog (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  13. ^ a b "Miniature Pinscher". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 16 Januari 2024.
  14. ^ "Miniature Pinscher - Did you know?". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2012. Dicapai pada 16 Januari 2024.
  15. ^ "Do Miniature Pinschers Bark A Lot? - Miniature Pinscher Barking Problems - Pet Net ID" (dalam bahasa Inggeris). 21 November 2020. Dicapai pada 16 Januari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]