Pinjal anjing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pinjal anjing
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. canis
Nama binomial
Ctenocephalides canis

Pinjal anjing (Ctenocephalides canis) ialah satu spesies pinjal yang hidup sebagai ektoparasit pada pelbagai mamalia, terutamanya anjing dan kucing bela jinak. Ia hampir-hampir menyerupai pinjal kucing, Ctenophalides felis, yang boleh hidup pada lebih pelbagai haiwan dan pada amnya lebih prevalen di seluruh dunia.[1]

Pinjal anjing menyusahkan kerana ia boleh merebakkan Dipylidium caninum.

Sungguhpun ia memakan darah anjing dan kucing, ia kadang-kadang menggigit manusia. Ia boleh hidup tanpa makanan selama beberapa bulan, tetapi betina mesti memakan darah sebelum ia boleh menghasilkan telur. Ia boleh melahirkan kira-kira 4000 biji telur pada bulu perumah.[2] Telur-telurnya melalui empat kitaran kehidupan: embrio, larva, pupa, dan imago (dewasa).[3] Keseluruhan kitaran kehidupan ini daripada telur sehingga dewasa memakan masa dari dua hingga tiga minggu, tetapi ini bergantung pada suhu. Masanya mungkin lebih panjang dalam keadaan sejuk.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pedro Marcos Linardi and Juliana Lúcia Costa Santos (Oktober–Disember 2012). "Ctenocephalides felis felis vs. Ctenocephalides canis (Siphonaptera: Pulicidae): some issues in correctly identifying these species". Revista Brasileira de Parasitologia Veterinária. 21 (4): 345. doi:10.1590/S1984-29612012000400002.
  2. ^ "Dog flea (Ctenocephalides canis)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-03. Dicapai pada 30 April 2010.
  3. ^ "Dog Fleas". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-14. Dicapai pada 30 April 2010.
  4. ^ "Order Siphonaptera - Fleas". Dicapai pada 30 April 2010.