Pinto (kuda)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kuda bercorak pinto

Pinto merupakan warna bulu kuda yang bertompok-tompok putih dengan mana-mana warna lain.

Corak pinto terdapat pada kebanyakan baka kuda, malah adalah yang paling laris di Amerika Syarikat. Sungguhpun pinto ini bukan "baka," namun terbentuknya beberapa daftar baka warna yang saling bersaing untuk menggalakkan pembiakbakaan kuda bercorak pinto.

Dari segi luaran mahupun genetik, corak pinto adalah berbeza dengan corak leopard complex yang terdapat pada baka-baka kuda seperti Appaloosa. Pembiakbaka yang memilih warna lazimnya berwaspada supaya tidak tersilangkan kedua-dua corak, malah daftar yang menyertakan kegemaran warna bertompok-tompok selalunya menolak pendaftaran bagi kuda yang mempamerkan sifat-sifat corak yang "salah".