Seni bina Kaabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pintu Kaabah)

Kaabah ialah sejenis binaan yang berbentuk kiub. Tingginya kira-kira 13.10 m (42.98 ka), dengan sisi selebar 11.03 m (36.19 ka) kali 12.86 m (42.19 ka).[1][2]

Pintu Kaabah[sunting | sunting sumber]

Pintu emas Kaabah

Binaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail pada mulanya mempunyai 2 pintu (Bab ul Kaabah) iaitu Pintu Timur dan Pintu Barat. Kedua-dua pintu itu dibina rapat hingga ke tanah. Namun begitu, mengikut catatan sejarah, kedua-dua pintu itu berubah-ubah kedudukannya serta bilangan pintunya jua.

Kini, hanya terdapat satu buah pintu sahaja di Kaabah, iaitu yang terletak di sebelah timur laut. Ketinggiannya dari aras lantai ialah 2 meter dan pintu itu diperbuat dari emas tulen seberat 280 kg yang telah menelan belanja melebihi 13 juta Riyal Arab Saudi. Pintu ini boleh dicapai dengan tangga kayu beroda yang disimpan di dalam Masjidil Haram.

Bumbung Kaabah[sunting | sunting sumber]

Bumbung Kaabah atau atap Kaabah, ialah suatu binaan konkrit yang terletak di atas Kaabah. Pada awalnya, Kaabah tidak memiliki bumbung, namun orang Arab Quraisy yang menetap di sekitar Kota Makkah telah membina atap ini bagi mengelakkan ruangan dalaman Kaabah daripada kepanasan dan kebasahan. Pada waktu ini, Kaabah memiliki dua lapisan atap (satu pada bahagian atas dan satu pada bahagian atas). Permukaan atas Kaabah dilapisi dengan marmar putih dan dikelilingi dengan tembok kecil yang menyatu pada dinding-dinding Kaabah.

Tembok itu berketinggian 80 cm yang mampu menjadi bahan pautan kepada tali-tali Kiswah di bahagian atas (bahagian tali Kiswah bawah diikat pada Syazarwan). Di bahagian atas atap juga terdapatnya sebuah pintu yang berukuran 1.27 X 1.04 m. Pintu ini ditutup menggunakan papan yang diperbuat daripada besi baja. Pintu ini menghubungkan dengan Pintu Taubat yang berada di sebelah kanan dalam Kaabah melalui anak-anak tangga dalaman Kaabah. Pada kebiasaannya di musim Haji, para petugas Masjidil Haram dan para sukarelawan Makkah akan naik ke atas bumbung Kaabah bagi memasangkan Kiswah dan membersih dan mencuci bahagian dalaman, luaran dan atasan Kaabah.

Hajaaswadr Aswad[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Peterson, Andrew (1996). Dictionary of Islamic Architecture. London: Routledge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-11. Dicapai pada 2009-07-31.
  2. ^ Hawting, G.R; Ka`ba. Encyclopaedia of the Qur'an m/s. 76

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Buku Ibadat Haji, Umrah dan Ziarah, m/s 216, cetakan 2007/2008. Terbitan Lembaga Tabung Haji Malaysia. Buku itu telah mendapat kebenaran untuk diterbitkan dari Kementerian Haji dan Wakaf, Kerajaan Arab Saudi.