Piruvat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Piruvat (anion karboksilat asid piruvik (CH3COCO2H)) ialah hasil glikolisis aerob iaitu ia dihasilkan daripada glukosa yang mengalami glikolisis. Piruvat juga ialah hasil metabolisme asid amino tertentu (seperti alanina, serina, sisteina).

Tindak balas yang terlibat dalam penukaran piruvat kepada asetil CoA:

  1. Pendekarboksilan piruvat
  2. Pengoksidaan kumpulan α-hidroksietil yang terikat kepada kumpulan TTP
  3. Pemindahan kumpulan asetil daripada asetillipoamida kepada koenzim A
  4. Penjanaan semula bentuk teroksida lipoamida