Pisang mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pisang Mas)
Lompat ke: pandu arah, cari
Pisang Mas atau juga dikenali sebagai pisang Emas.

Pisang Mas merupakan sejenis pisang yang dituai dari pokok Pisang. Pisang Mas biasanya ditanam bagi mendapatkan buahnya. Nama sains pokok Pisang Mas ialah Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Lady's Finger'

Ia juga dikenali sebagai Musa acuminata Colla (AA Group) cv. 'Sucrier', Musa acuminata Colla (Sucrier Group) cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cv. 'Lady Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Sucrier cv. 'Doigt de Femme', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Lady's Finger', Musa x paradisiaca L. cultigroup Saccharinus cv. 'Dedo de Dama', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Datil', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Niño', Musa acuminata Colla non L. (Sucrier Group) cv. 'Bocadillo' [1]

Pokok Pisang Mas (PMas) boleh ditanam dengan cara mengubah anaknya. Jarak tanaman anak Pmas yang ideal ialah 10 kaki X 10 kaki.Ditanam dalam bentuk barisan. Apabila ia menjadi perdu, maka perdu yang ideal ialah dengan menyimpan 3 hingga 4 pokok seperdu, termasuk anak. Anak Pmas yang kurang subur hendaklah di pangkas. Ini akan memaksimumkan kualiti buah pisang yang akan diperolehi. Ia juga bertujuan untuk mengelakan dari pokok yang tidak berkualiti memakan baja. Untuk tanaman komersil, saliran air hujan hendaklah lancar dan tidak bertakung. Pmas alah kepada air bertakung. Jika anda dapati daun pisang yang belum matang kelihatan seperti terbakar, itu adalah petanda bahawa dibawah tanah ada takungan air. Jika air bertakung lebih dari dua malam, daunnya akan jadi layu kekuningan dan akhirnya kecut kelihatan seperti terbakar.

Masalah utama petani Pmas adalah serangan penyakit barah ubi atau cancer ubi. Ini adalah kerana berbeza dengan penyakit lain,penyakit barah ini tidak boleh dirawat atau di sembuhkan secara total. Sebenarnya, jika diamati dengan teliti, tidak ada terdapat sebarang cacing atau perasit didalam ubi atau batang pisang yang sakit tersebut. Apabila Pmas terkena atau diserang penyakit barah ubi, ubi akan bertukar warna dari putih ke perang perangan dan kemerah merahan.Pada peringkat mula, ia akan menyerang ubi dan kemudian merebak ke batang pokok. Di peringkat serius, penyakit tersebut akan menjadikan ubi dan batang pokok yang telah sakit mengeluarkan lendir yang pekat dan berbau amat busuk. Daun daun yang belum matang akan menjadi layu dan terkulai. Pokok Pmas jadi kering dan mereput. Apa yang sangat menyedihkan dan merugikan adalah kerana petani tidak mengetahui pokok Pmas ini sudah dijangkiti semasa kecil atau dara. Tanda serangan ini hanya diketahui sebaik sahaja pokok hampir matang untuk mengeluarkan jantung, atau dalam tempoh lebih kurang enam hingga tujuh bulan selepas di tanam. Apabila ubi dan batang pokok Pmas yang sakit mengeluarkan lendir, pokok lain akan mudah dijangkiti hanya dengan terkena lendir tersebut sama ada melalui peralatan kerja, aliran air atau sentuhan akar di bawah tanah. Bagi petani yang menanam dengan jarak 15 kaki X 15 kaki risiko jangkitan melalui sentuhan akar akaqn dapat dielakan.

Setakat ini tidak ada kaedah yang berkesan yang boleh merawat atau menyembuhkan pokok Pmas yang telah terkena penyakit barah ubi. Langkah langkah berikut hanyalah bertujuan untuk mengawal dan mengurangkan risiko daripada dijangkiti penyakit barah ubi secara meluas diladang kita :-

1) Pokok dan keseluruhan perdu yang telah terkena penyakit barah ubi hendaklah dikorek dan dibuang jauh dari kawasan ladang. Lubang tersebut hendaklah dibiarkan terdedah selama sekurang kurangnya 3 bulan sebelum ditanam semula.

2) Peralatan ladang seperti cangkul, parang dan penggali yang digunakan keatas pokok yang telah sakit hendaklah dibasuh dengan air dan di biarkan kering sekurang kurangnya semalaman sebelum digunakan semula.

3) Jika sekiranya paras tanah ladang tersebut rendah, parit parit gila (parit kecil sedalam satu kaki) hendaklah di gali supaya air hujan disalir ke parit besar dengan serta merta sebaik sahaja hujan turun. Lendir penyakit ubi merebak melalui aliran air kepokok Pmas lain.

4) Apabila mengubah benih, pastikan hanya anak yang diubah tidak dari kelompok perdu yang telah terkena penyakit. Jika benih diambil dari kebun atau sumber yang tidak pasti, jangan sekali kali ambil anak dari perdu yang tiada pokok sedang berbuah. Kemungkinan perdu tersebut sudah berpenyakit adalah tinggi. Ini adalah kerana semasa pokok tersebut masih anak atau peringkat dara, tanda tanda penyakit belum kelihatan.

5) Apabila pokok yang baru diubah berusia 3 hingga 4 bulan, masukan sesudu Furadan 5G Marshall kedalam pangkal kelopak daun nombor tiga kiraan dari pucuk. Amalan ini tidak boleh menyembukan penyakit cacing ubi tetapi sekurang kurangnya ini akan membantu pokok tersebut menahan diri dari terkena penyakit cacing ubi dari pokok lain.

6) Benih benih yang baru di korek, hendaklah dibiarkan dibawah matahari sekurang kurangnya seharian sebelum ditanam.

Secara kasar pokok Pmas terdiri daripada beberapa jenis. Diantaranya yang popular ialah Pmas batang putih dan Pmas batang merah.

Sifat sifat Pmas batang putih ialah jenis pokoknya jenis rendah dan rendang. Buahnya bulat dan besar tapi pendek. Tandannya tidak panjang. Secara purata, pokok yang subur mengeluarkan buah purata lima hingga enam sikat semayam. Tempoh jangkamasa pokok jenis ini mula berbuah juga pendek iaitu diantara enam hingga lapan bulan selepas ditanam. Jangka hayat perdu Pmas putih tidak lama, lebih kurang empat hingga enam kali tebang. Selepas itu, perdu menjadi pupus dan mati. Kebiasaanya selepas tiga kali tuaian, pokok Pmas hendaklah diubah atau ditanam semula. Pokok Pmas jenis ini sangat popular dikalangan pengusaha pertanian pisang secara komersil kerana jangkamasa tuaian yang cepat dapat menjimatkan kos pengeluaran. Anak benih juga boleh diperolehi dengan mudah dan dalam kuantiti yang banyak.

Pmas jenis batang merah pula ialah pohonnya besar dan tinggi. Ukur lilit pangkal pokok dalam lingkungan 2 hingga 2 1/2 kaki. Ketinggianya boleh mencecah sehingga 15 kaki. Batangnya kemerah merahan. Buahnya lebih panjang. Tandan juga lebih panjang. Tandan dari pokok Pmas batang merah yang sihat boleh mencapai sehingga lima belas sikat dengan purata berat antara 15 hingga 20 kilo setandan. Perdu Pmas jenis batang merah tidak membiak banyak anak. Jangkamasa pokok jenis ini mula berbuah adalah diantara 10 hingga 12 bulan dari tarikh ditanam. Perdu pokok Pmas tahan lebih lama sehingga dua kali ganda bebanding pokok Pmas jenis batang putih. Pokok Pmas jenis ini juga lebih tahan dari serangan penyakit barah ubi. Anak benih Pmas jenis batang merah banyak didapati di daerah Batu Kurau, Perak.

Buah pisang mas yang dihasilkan oleh kedua dua jenis pokok ini tidak terdapat sebarang perbezan baik dari segi rasa, warna dan bentuk kecuali saiz buah dan beratnya sahaja.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]