Pisang Tanduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pisang tanduk
Pisang tanduk untuk dijual
Pisang tanduk untuk dijual
Spesies
Musa × paradisiaca
Baka hibrid
M. acuminata × M. balbisiana
Kumpulan kultivar
Ditanam dari pelbagai jenis kelompok, termasuk Kelompok AAA, Kelompok AAB dan Kelompok ABB
Asal
Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika Barat (Nigeria)

Pisang Tanduk merupakan sejenis pisang yang bersaiz besar dan dengan bentuknya menyebabkan ia diberi nama pisang tanduk.Lebih digunakan untuk dijadikan sebagai bahan masakan. Di Malaysia, pisang tanduk dijadikan kerepek sebagai perniagaan komersial,[1] dan ia juga disenarai didalam Ladang Kontrak oleh FAMA sebagai komoditi.[2]

Pisang Tanduk merupakan makanan ruji di Afrika Timur dan Afrika Tengah (Cameroon), Amerika Tengah, kepulauan Caribbean dan di utara, persisiran Amerika Selatan (seperti Colombia, Venezuela, dll). Daya tarikan pisang tanduk sebagai makanan dan buah-buahan sepanjang tahun, maka ia dijadikan masakan untuk semua musim.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Pisang Tanduk sedap digoreng, direbus, dipanggang, dikukus atau dibakar.

Di negara-negara Amerika Tengah dan kepulauan Caribbean, pisang tanduk digoreng, direbus atau dimasukkan ke dalam sup. Di Kerala, pisang tanduk yang ranum, dikukus dan dimakan sebagai sarapan. Di Ghana, pisang tanduk dijadikan sebagai masak rebus. Selain itu, pisang tanduk yang ranum digaul dengan rempah digoreng dengan minyak kelapa sawit atau minyak kacang tanah.

Di selatan Amerika Syarikat, terutama di Texas, Louisiana dan Florida, pisang tanduk dibakar atas gril. Di Guatemala, pisang tanduk direbus, dilenyek dan disumbat dengan kacang hitam yang dimaniskan. Kemudian, digoreng bersama minyak jagung atau minyak bunga matahari. Di Puerto Rico, Republik Dominica dan Cuba, pisang tanduk direbus, dilenyek dan kemudian dimakan bersama telur goreng untuk sarapan.


Pisang Tanduk mentah.
Pisang Tanduk yang digoreng manis.

Nilai nutrisi[sunting | sunting sumber]

Pisang Tanduk (tidak dimasak)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 510 kJ (120 kcal)
Karbohidrat 31.89 g
- Gula 15 g
- Serabut diet 2.3 g
Lemak 0.37 g
Protein 1.3 g
Vitamin A setara 56 μg (7%)
- beta-karotena 457 μg (4%)
Tiamina (vit. B1) 0.052 mg (5%)
Riboflavin (vit. B2) 0.054 mg (5%)
Niasin (vit. B3) 0.686 mg (5%)
Asid pantotenik (B5) 0.26 mg (5%)
Vitamin B6 0.299 mg (23%)
Folat (vit. B9) 22 μg (6%)
Kolina 13.5 mg (3%)
Vitamin C 18.4 mg (22%)
Vitamin E 0.14 mg (1%)
Vitamin K 0.7 μg (1%)
Kalsium 3 mg (0%)
Besi 0.6 mg (5%)
Magnesium 37 mg (10%)
Fosforus 34 mg (5%)
Kalium 499 mg (11%)
Natrium 4 mg (0%)
Zink 0.14 mg (1%)
Pautan kemasukan ke pangkalan data USDA
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Nik Wil, Nik Nurfaqih. "Pisang tanduk laris di Merlimau". Kosmo. Diperoleh pada 13 November 2013. 
  2. 13 jenis buahan yang tersenarai di dalam Ladang Kontrak