Pitbull
| Pitbull | |
Pitbull di prom Alhambra High School, Alhambra, California, 2007 |
|
| Latar belakang | |
|---|---|
| Nama lahir | Armando Christian Pérez |
| Lahir | 14 Januari 1981 (umur 31) Miami, Florida, A.S. |
| Genre | Hip hop, Reggaetón |
| Pekerjaan | Penyanyi rap, pencipta lagu |
| Tahun aktif | 1997–kini |
| Label | RCA, Jive |
| Kegiatan berkait |
Bun B, DJ Khaled, Lil Jon, Trick Daddy, Twista |
| Laman web | www.planetpit.com |
Armando Christian Pérez, atau Pitbull, (lahir 14 Januari 1981) adalah seorang penyanyi rap dari Amerika Syarikat. Album pertamanya dikeluarkan pada 2004, bertajuk M.I.A.M.I. (kependekan Money Is a Major Issue) di bawah TVT Records. Sejak itu, dia telah mengeluarkan dua lagi album, El Mariel pada 2006 dan The Boatlift pada 2007.[1] Dia juga merupakan juruacara program bahasa Sepanyol La Esquina di saluran kabel Mun2.[2]
[sunting] Konsert di Malaysia
Konsert mereka dinamakan '12 Hours Live with Chivalry' pada 15 Mei 2010 Arena Tertutup Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Pada peringkat awal, kemasukan Pitbull mendakwa telah dua kali ditolak oleh Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa membidas Puspal kerana 'mengelak' membuat penjelasan berhubung konsert panjang 12 jam tanpa henti daripada jam 7 petang sehingga 7 pagi pada 15 Mei 2010. Temph masa ini "telah melanggar garis panduan tempoh persembahan sesebuah konsert". Biasanya pihak penganjur atas sebab-sebab tertentu, konsert dibenarkan hanya sehingga 1 pagi. Penganjur mestilah melarang sebarang tingkah laku, percakapan, lirik lagu dan juga pakaian yang mengaibkan atau bersifat lucah. [3]
[sunting] Rujukan
- ↑ David Jeffries. "Pitbull – Biography". allmusic. http://www.allmusic.com/artist/pitbull-p542550. Capaian 2009-11-16.
- ↑ Kristin Edelhauser (2007-09-25). "Viva Entrepreneurship". The Washington Post. The Washington Post Company. http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/content/article/2007/09/26/AR2007092601051_pf.html. Capaian 2009-08-17.
- ↑ PAS bidas konsert 12 jam tanpa henti