Planet bumian

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Planet terestrial iaitu Utarid, Zuhrah, Bumi dan Marikh dalam warna sebenar, dan saiz adalah berskala.

Planet terestrial, planet telurik atau planet berbatu adalah merupakan planet yang terdiri terutamanya daripada batuan atau logam silikat. Dalam Sistem Suria, planet terestrial adalah planet dalaman yang paling dekat dengan Matahari. Istilah yang berasal dari kata Latin untuk Bumi (Terra dan Tellus), kerana planet ini, dari segi komposisi, "seakan-Bumi".

Planet terestrial mempunyai permukaan planet yang pejal, menjadikan mereka ketaranya berbeza daripada gergasi gas yang lebih besar, yang kebanyakannya terdiri daripada gabungan beberapa hidrogen, helium, dan air yang sedia ada dalam pelbagai keadaan fizikal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]