Plasmodium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Plasmodium juga merupakan bentuk macroscopik protist luar biasa yang dikenali sebagai kulapuk lendir (slime mould).

Plasmodium
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
(tiada peringkat): Alveolata
Filum: Apicomplexa
Kelas: Aconoidasida
Order: Haemosporida
Keluarga: Plasmodiidae
Genus: Plasmodium
Species

Plasmodium achiotense
Plasmodium adunyinkai
Plasmodium aegyptensis
Plasmodium aeuminatum
Plasmodium agamae
Plasmodium anasum
Plasmodium arachniformis
Plasmodium ashfordi
Plasmodium atheruri
Plasmodium aurulentum
Plasmodium azurophilum
Plasmodium balli
Plasmodium bambusicolai
Plasmodium basilisci
Plasmodium beebei
Plasmodium beltrani
Plasmodium berghei
Plasmodium bertii
Plasmodium bigueti
Plasmodium booliati
Plasmodium bowiei
Plasmodium brodeni
Plasmodium brasilianum
Plasmodium brumpti
Plasmodium brygooi
Plasmodium bubalis
Plasmodium bucki
Plasmodium capistrani
Plasmodium caprae
Plasmodium cathemerium
Plasmodium cephalophi
Plasmodium chabaudi
Plasmodium chalcidi
Plasmodium chiricahuae
Plasmodium circularis
Plasmodium circumflexum
Plasmodium clelandi
Plasmodium cnemaspi
Plasmodium cnemidophori
Plasmodium coatneyi
Plasmodium coggeshalli
Plasmodium colombiense
Plasmodium corradettii
Plasmodium coturnixi
Plasmodium coulangesi
Plasmodium cuculus
Plasmodium cyclopsi
Plasmodium cynomolgi
Plasmodium diminutivum
Plasmodium diploglossi
Plasmodium dissanaikei
Plasmodium dominicana
Plasmodium draconis
Plasmodium durae
Plasmodium egerniae
Plasmodium elongatum
Plasmodium eylesi
Plasmodium fabesia
Plasmodium fairchildi
Plasmodium falciparum
Plasmodium falconi
Plasmodium fallax
Plasmodium fieldi
Plasmodium fischeri
Plasmodium foleyi
Plasmodium formosanum
Plasmodium forresteri
Plasmodium floridense
Plasmodium fragile
Plasmodium galbadoni
Plasmodium garnhami
Plasmodium gallinaceum
Plasmodium giganteum
Plasmodium giovannolai
Plasmodium girardi
Plasmodium gonatodi
Plasmodium gonderi
Plasmodium georgesi
Plasmodium gologoense
Plasmodium gracilis
Plasmodium griffithsi
Plasmodium guangdong
Plasmodium gundersi
Plasmodium guyannense
Plasmodium heischi
Plasmodium hegneri
Plasmodium hermani
Plasmodium heteronucleare
Plasmodium hexamerium
Plasmodium holaspi
Plasmodium huffi
Plasmodium hylobati
Plasmodium icipeensis
Plasmodium inconstans
Plasmodium inopinatum
Plasmodium inui
Plasmodium jefferi
Plasmodium josephinae
Plasmodium juxtanucleare
Plasmodium kempi
Plasmodium knowlesi
Plasmodium kentropyxi
Plmasmodium lacertiliae
Plasmodium leanucteus
Plasmodium lemuris
Plasmodium lepidoptiformis
Plasmodium lophurae
Plasmodium lutzi
Plasmodium lygosomae
Plasmodium mabuiae
Plasmodium mackerrasae
Plasmodium maculilabre
Plasmodium maior
Plasmodium malariae
Plasmodium marginatum
Plasmodium matutinum
Plasmodium mexicanum
Plasmodium michikoa
Plasmodium minasense
Plasmodium morulum
Plasmodium nucleophilium
Plasmodium octamerium
Plasmodium odocoilei
Plasmodium oti
Plasmodium ovale
Plasmodium paddae
Plasmodium papernai
Plasmodium paranucleophilum
Plasmodium parvulum
Plasmodium pedioecetii
Plasmodium pelaezi
Plasmodium percygarnhami
Plasmodium petersi
Plasmodium pifanoi
Plasmodium pinotti
Plasmodium pinorrii
Plasmodium pitheci
Plasmodium pitmani
Plasmodium polare
Plasmodium praecox
Plasmodium reichenowi
Plasmodium relictum
Plasmodium rhadinurum
Plasmodium rhodaini
Plasmodium robinsoni
Plasmodium rouxi
Plasmodium sandoshami
Plasmodium sasai
Plasmodium schweitzi
Plasmodium silvaticum
Plasmodium simium
Plasmodium semiovale
Plasmodium shortii
Plasmodium smirnovi
Plasmodium subpraecox
Plasmodium tanzaniae
Plasmodium tenue
Plasmodium tejerai
Plasmodium tomodoni
Plasmodium torrealbai
Plasmodium traguli
Plasmodium tribolonoti
Plasmodium tropiduri
Plasmodium uilenbergi
Plasmodium uzungwiense
Plasmodium watteni
Plasmodium wenyoni
Plasmodium vacuolatum
Plasmodium vassali
Plasmodium vastator
Plasmodium vaughani
Plasmodium vinckei
Plasmodium vivax
Plasmodium volans
Plasmodium wasielewski
Plasmodium yoelii
Plasmodium youngi
etc.

Plasmodium merupakan genus protozoa parasit. Jangkitan yang disebabkan oleh genus ini dikenali sebagai malaria. Parasit ini sentiasa mempunyai dua hos dalam kitaran hidupnya: vektor nyamuk dan hos vertebra. Sekurang-kurangnya sepuluh spesies menjangkiti manusia. Spesies lain menjangkiti haiwan lain, termasuk burung, reptilia dan roden.

Taxonomi dan hos[sunting | sunting sumber]

Genus Plasmodium dinamakan pada 1885 oleh Marchiafava dan Celli dan terdapat lebih 175 spesies yang dikenal pasti berada dalam genus ini. Genus ini pada (2006) perlu dirombak semula kerana terbukti bahawa parasit lain yang tergolong dalam genera Haemocystis dan Hepatocystis kelihatannya berkait rapat dengan genus ini. Kemungkinannya spesies lain seperti Haemoproteus meleagridis akan dimasukkan kedalam genus ini setelah dikemaskini kembali.

Jenis hos pada turutan mamalia tidak sekata. Sekurang-kurangnya 25 spesies menjangkiti primate; rodent di luar kawasan tropika Afrika jarang dijangkiti; beberapa spesies diketahui menjangkiti kelawar, landak dan tupai; karnivor, pemakan serangga dan marsupia tidak pernah diketahui bertindak sebagai hos.

Kitaran hidup[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1898 Ronald Ross membuktikan kewujupan Plasmodium pada dinding perut tengah dan kelenjar liur bagi nyamuk Culex. Bagi jumpaan ini dia memenangi Hadian Nobel pada 1902. Bagaimanapun penghargaan perlu diberikan kepada profesor Itali Giovanni Battista Grassi, yang membuktikan bahawa mamalia manusia hanya boleh disebarkan oleh nyamuk Anopheles.

Kitaran hirup Plasmodium amat rumit. Sporozoite daipada liur nyamuk betina yang mengigit disebarkan samaada kepada darah atau sistem limfa[1] penerima. Ia penting menyedari bahawa bagi sesetengah spesies vektornya mungkin bukan nyamuk.

Nyamuk dalam genera Culex, Anopheles, Culiceta, Mansonia dan Aedes mungkin bertindak sebagai vector. Vektor yang diketahui kini bagi malaria manusia (> 100 spesies) kesemuanya tergolong dalam genus Anopheles. Malaria burung biasanya dibawa oleh spesies genus Culex. Kitaran hidup Plasmodium diketahui oleh Ross yang menyelidik spesies dari genus Culex.

Sporozoites berhijrah ke hati dan menceroboh hepatocyte. Tahap pendam bagi sporozoite Plasmodium dalam hati dikenali sebagai hypnozoite. Dari hepatocytes, parasit membiak kepada beribu-ribu merozoite, yang kemudiannya menyerang sel darah merah.


Di sini parasit membesar dari bentuk cecincin kepada bentuk trophozoite dewasa. Pada tahap schizont, parasit terbahagi beberapa kali untuk membentuk merozoites baru, yang meninggalkan sel darah merah dan bergerah melalui saluran darah bagi menceroboh sel darah merah baru. Kebanyakan merozoites mengulangi kitaran ini secara berterusan, tetapi sesetengah merozoites berubah menjadi bentuk jantan atau betina (gametocytes) (juga dalam darah), yang kemudiannya diambil oleh nyamuk betina.

Dalam perut tengah nyamuk, gametocyte membentuk gamete dan menyuburkan sesama sendiri, membentuk zygot motile yang dikenali sebagai ookinetes. Ookinetes menembusi dan lepas dari perut tengah, kemudian membenamkan diri mereka pada membran perut luar. Di sini mereka membahagi banyak kali bagi menghasilkan sejumlah besar sporozoite halus memanjang. Sporozoites ini berhijrah ke kelenjar liur nyamuk, di mana ia dicucuk masuk kedalam darah hos kedua yang digigit nyamuk. Sporozoites bergerak ke hati di mana mereka mengulangi kitaran ini.

Dalam beberapa spesies tisu selain hati mungkin dijajah. Bagaimanapun ini tidak berlaku pada spesies yang menyerang manusia.

Evolusi[sunting | sunting sumber]

Kitaran hidup ini paling baik difahami melalui segi evolusi. Ia dipercayai bahawa Plasmodium berubah dari parasite yang disebarkan melalui laluan tinja (orofaecal) yang menjangkiti dinding usus kecil. Pada satu peringkat parasit ini mengembang kebolehan menjangkiti hati. Pola ini dapat di lihat pada genus Cryptosporidium yang berkait jauh dengan Plasmodium.

Pada satu peringkat leluhur plasmodium mengembangkan kebolehan bagi menjangkiti sel darah dan terselamat dan menjangkiti nyamuk. Apabila jangkitan nyamuk telah mantap jangkitan melalui laluan tinja (orofecal) sebelumnya lesap.

Plasmodium berkembang sekitar 130 juta tahun dahulu. Tempoh ini bersamaan dengan perkembangan pantas angiosperms (tumbuhan berbunga). Perkembangan ini pada angiosperms dipercayai disebabkan oleh sekurang-kurangnya satu kejadian penyalinan genomik. Kemungkinannya peningkatan dalam bunga mendorong kepada peningkatan jumlah nyamuk dan hubungan mereka dengan vertebra.

Selain darah, nyamuk hidup memakan madu. Hidangan darah hanya diperlukan oleh nyamuk betina sebelum bertelur kerana kandungan protin dalam madu amat rendah.

Nyamuk berubah di Amerika Selatan sekitar 230 juta tahun dahulu. Kini terdapat lebih 3,500 spesies nyamuk yang diketahui tetapi sehingga kini evolusi mereka tidak banyak diketahui oleh itu pengetahuan kita mengenai evolusi Plasmodium kekal rendah.

Pada masa kini ia dipercayai bahawa reptilia merupakan kumpulan pertama yang dijangkiti oleh Plasmodium diikuti oleh burung. Pada satu ketika primate dan rodent turut dijangkiti kemungkinannya daripada spesies burung. Spesies lain yang dijangkiti selain kumpulan ini kemungkinannya kejadian yang baru berlaku.

Pada masa kini (2006), jujukan DNA tersedia bagi kurang dari enam puluh spesies dan kebanyakannya adalah dari spesies yang menjangkiti hos rodent atau primate. Pola jangkitan yang dicadangkan hanyalah hipotesis kerja dan mungkin ditolah apabila jujukan DNA lanjut dari spesies tambahan diperolehi.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pola pembiakan berselang seksual dan aseksual yang mungkin kelihatan mengelirukan pada awalnya merupakan pola biasa pada spesies parasit. Kelebihan evolusi kehidupan jenis ini diketahui oleh Mendel.

Di bawah keadaan baik pembiakan aseksual lebih baik berbanding seksual kerana ibubapa bersesuaian dengan persekitaran dan keturunannya mewarisi gen ini. Berpindak kepada hos baru atau ketika tempoh sukar, pembiakan seksual kebiasaannya lebih baik kerana ia menghasilkan pengocakan gen yang secara purata menghasilkan individual yang lebih menyesuaikan diri pada persekitaran baru.Faktor tekanan ini menyebabkan kebanyakan sel menjadi aktif.

Biologi molekular[sunting | sunting sumber]

Kesemua spesies yang dikaji sehingga kini mempunyai 14 kromosome, satu mitochondrion dan satu plastid. Kromosome pelbagai antara 500 kilobase hingga 3.5 megabase panjang. Ia dipercayai bahawa pola ini benar bagi keseluruhan genus.

Plastid ini berbeza dengan apa yang terdapat pada alga bukannya fotosintesis. Fungsinya tidak diketahui tetapi terdapat bukti cadangan bahawa ia mungkin membabitkan pembiakan.

Pada tahap molekul, parasit merosakkan sel darah merah dengan menggunakan enzim plasmepsin - proteases asid aspartik yang menguraikan hemoglobin.

Spesies disenaraikan menurut subgenera[sunting | sunting sumber]

Plasmodium (Asiamoeba) draconis
Plasmodium (Asiamoeba) vastator

Plasmodium (Bennettinia) juxtanucleare

Plasmodium (Carinamoeba) basilisci
Plasmodium (Carinamoeba) minasense
Plasmodium (Carinamoeba) rhadinurum
Plasmodium (Carinamoeba) volans

Plasmodium (Giovannolaia) anasum
Plasmodium (Giovannolaia) circumflexum
Plasmodium (Giovannolaia) dissanaikei
Plasmodium (Giovannolaia) durae
Plasmodium (Giovannolaia) fallax
Plasmodium (Giovannolaia) formosanum
Plasmodium (Giovannolaia) gabaldoni
Plasmodium (Giovannolaia) garnhami
Plasmodium (Giovannolaia) gundersi
Plasmodium (Giovannolaia) hegneri
Plasmodium (Giovannolaia) lophurae
Plasmodium (Giovannolaia) pedioecetii
Plasmodium (Giovannolaia) pinnotti
Plasmodium (Giovannolaia) polare

Plasmodium (Haemamoeba) cathemerium
Plasmodium (Haemamoeba) coggeshalli
Plasmodium (Haemamoeba) elongatum
Plasmodium (Haemamoeba) gallinaceum
Plasmodium (Haemamoeba) giovannolai
Plasmodium (Haemamoeba) lutzi
Plasmodium (Haemamoeba) matutinum
Plasmodium (Haemamoeba) paddae
Plasmodium (Haemamoeba) parvulum
Plasmodium (Haemamoeba) relictum
Plasmodium (Haemamoeba) tejera

Plasmodium (Huffia) elongatum
Plasmodium (Huffia) hermani

Plasmodium (Laverania) falciparum
Plasmodium (Laverania) reichenowi

Plasmodium (Novyella) ashfordi
Plasmodium (Novyella) bertii
Plasmodium (Novyella) bambusicolai
Plasmodium (Novyella) columbae
Plasmodium (Novyella) corradettii
Plasmodium (Novyella) dissanaikei
Plasmodium (Novyella) hexamerium
Plasmodium (Novyella) kempi
Plasmodium (Novyella) nucleophilum
Plasmodium (Novyella) papernai
Plasmodium (Novyella) paranucleophilum
Plasmodium (Novyella) rouxi
Plasmodium (Novyella) vaughani

Plasmodium (Paraplasmodium) chiricahuae
Plasmodium (Paraplasmodium) mexicanum
Plasmodium (Paraplasmodium) pifanoi

Plasmodium (Plasmodium) brasilianum
Plasmodium (Plasmodium) cynomolgi
Plasmodium (Plasmodium) eylesi
Plasmodium (Plasmodium) fieldi
Plasmodium (Plasmodium) fragile
Plasmodium (Plasmodium) georgesi
Plasmodium (Plasmodium) girardi
Plasmodium (Plasmodium) gonderi
Plasmodium (Plasmodium) inui
Plasmodium (Plasmodium) jefferyi
Plasmodium (Plasmodium) knowlei
Plasmodium (Plasmodium) hyobati
Plasmodium (Plasmodium) malariae
Plasmodium (Plasmodium) ovale
Plasmodium (Plasmodium) petersi
Plasmodium (Plasmodium) pitheci
Plasmodium (Plasmodium) rhodiani
Plasmodium (Plasmodium) schweitzi
Plasmodium (Plasmodium) semiovale
Plasmodium (Plasmodium) shortii
Plasmodium (Plasmodium) silvaticum
Plasmodium (Plasmodium) simium
Plasmodium (Plasmodium) vivax
Plasmodium (Plasmodium) youngi

Plasmodium (Sauramoeba) achiotense
Plasmodium (Sauramoeba) adunyinkai
Plasmodium (Sauramoeba) aeuminatum
Plasmodium (Sauramoeba) beltrani
Plasmodium (Sauramoeba) brumpti
Plasmodium (Sauramoeba) agamae
Plasmodium (Sauramoeba) giganteum
Plasmodium (Sauramoeba) heischi
Plasmodium (Sauramoeba) josephinae
Plasmodium (Sauramoeba) pelaezi
Plasmodium (Sauramoeba) tropiduri

Plasmodium (Vinckeia) aegyptensis
Plasmodium (Vinckeia) anomaluri
Plasmodium (Vinckeia) atheruri
Plasmodium (Vinckeia) berghei
Plasmodium (Vinckeia) booliati
Plasmodium (Vinckeia) brodeni
Plasmodium (Vinckeia) bubalis
Plasmodium (Vinckeia) bucki
Plasmodium (Vinckeia) cephalophi
Plasmodium (Vinckeia) chabaudi
Plasmodium (Vinckeia) coulangesi
Plasmodium (Vinckeia) cyclopsi
Plasmodium (Vinckeia) foleyi
Plasmodium (Vinckeia) girardi
Plasmodium (Vinckeia) inopinatum
Plasmodium (Vinckeia) lemuris
Plasmodium (Vinckeia) odocoilei
Plasmodium (Vinckeia) percygarnhami
Plasmodium (Vinckeia) sandoshami
Plasmodium (Vinckeia) traguli
Plasmodium (Vinckeia) uilenbergi
Plasmodium (Vinckeia) vassali
Plasmodium (Vinckeia) vinckei
Plasmodium (Vinckeia) watteni
Plasmodium (Vinckeia) yoelli

Spesies menjangkiti manusia[sunting | sunting sumber]

Sel darah merah yang dijangkiti malaria

Spesies Plasmodium yang menyerang manusia termasuk:

Rujukan umum[sunting | sunting sumber]

Some history of malaria - http://muse.jhu.edu/journals/bulletin_of_the_history_of_medicine/v079/79.2slater.html

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan