Plat epifisis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Plat epifisis
Tib fib growth plates.jpg
Gambar radiograf biasa tulang kering seorang kanak-kanak 12 tahun yang menunjukkan plat pertumbuhan di hujung bawah growth plates at lower ends of tibia dan fibula
Hypertrophic Zone of Epiphyseal Plate.jpg
Bahagian hipertrofik plat epifisis yang menunjukkan tiga peringkat: kematangan (atas), kemerosotan (tengah) dan pengapuran sementara (bawah).
Latin lamina epiphysialis

Plat epifisis (fisis atau plat pertumbuhan) adalah plat rawan hialin dalam metafisis di setiap hujung sebatang tulang panjang. Plat ini terdapat pada golongan kanak-kanak dan remaja; pada dewasa yang sudah berhenti membesar, plat ini diganti oleh garis epifisis.

Peranan dalam pemanjangan tulang[sunting | sunting sumber]

Penulangan endokondral adalah pencetus perkembangan awal tulang dari bentuk rawan dalam janin dan bayi serta pemanjangan tulang-tulang panjang di dalam plat epifisis. Kondrosit-kondrosit sentiasa mengalami perpecahan secara mitosis. Sel-sel anak ini bertindan-tindan menghadap epifisis sementara sel-sel yang lebih lama didorong ke arah diafisis. Sementara kondrosit lama merosot, osteoblas menulangkan sisa-sisanya untuk membentuk tulang baru. Ketika baligh, peningkatan estrogen dalam perempuan mahupun lelaki menyebabkan bertambahnya apoptosis kondrosit di dalam plat epifisis.[1] Pengurangan kondrosit akibat apoptosis menyebabkan berkurangnya penulangan serta pertumbuhan yang beransur perlahan dan akhirnya berhenti apabila seluruh rawan diganti oleh tulang, hanya meninggalkan satu paruh epifisis yang tirus yang akan pudar kelak.[2] Setelah tercapainya peringkat dewasa, satu-satunya cara untuk memanipulasi ketinggian adalah mengubah suai kepanjangan tulang melalui osteogenesis gangguan.

Susun atur histologi[sunting | sunting sumber]

Plat pertumbuhan mempunyai morfologi yang amat terperinci dengan adanya susunan berzon-zon.

Zon plat epifisis (dari epifisis ke diafisis) Keterangan
Zon simpanan Kondrosit tak aktif terdapat di hujung epifisis
Zon percambahan Kondrosit mengalami mitosis deras atas pengaruh hormon pertumbuhan
Zon pematangan dan hipertrofi Kondrosis berhenti bermitosis dan mula berhipertrofi dengan mengumpul glikogen, lipid dan fosfatase beralkali
Zon pengapuran Kondrosit menjalani apoptosis. Matriks rawan mula mengapur.
Zon penulangan Osteoklas dan osteoblas dari sebelah diafisis memecahkan rawan yang terkapur itu lalu menggantinya dengan tisu tulang termineral.

[3]

Patologi[sunting | sunting sumber]

Kecacatan dalam perkembangan serta perpecahan plat epifisis yang berterusan boleh menyebabkan gangguan dalam pertumbuhan. Antara yang paling umum ialah akondroplasia, iaitu terdapat kecacatan pada pembentukan rawan. Akondroplasia adalah punca paling utama kekerdilan.

Keretakan Salter–Harris adalah keretakan yang melibatkan plat epifisis, dan oleh itu sering mengganggu pertumbuhan dan ketinggian.

Penyakit Osgood-Schlatter berpunca daripada tekanan ke atas plat epifisis dalam tibia, menyebabkan pertumbuhan tulang melebih serta benjol sengal.

Kajian terhadap haiwan[sunting | sunting sumber]

John Hunter mengkaji ayam yang sedang membesar, lalu mengamati bahawa tulang tumbuh di hujung-hujung, dan oleh itu mendemonstrasikan kewujudan plat epifisis. Hunter terbilang sebagai "bapa plat pertumbuhan".[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Zhong, M; Carney, DH; Boyan, BD; Schwartz, Z (2011 Jan). "17β-Estradiol regulates rat growth plate chondrocyte apoptosis through a mitochondrial pathway not involving nitric oxide or MAPKs.". Endocrinology 152 (1): 82–92. PMID 21068162. 
  2. "Skeletal System / Bone Development and Growth". Diarkibkan daripada asal pada 2008-07-09. Diperoleh pada 2008-07-10. 
  3. Ovalle, William K.; Nahirney, Patrick C. (2007). Netter's essential histology : with Student consult online access (edisi ke-1st ed.). Philadelphia, Pa.: Elsevier Saunders. ISBN 9781929007868. 
  4. "Growth Plate (Physeal) Fractures". EMedicine.com. Diperoleh pada 2008-01-15. 

Templat:Bone and cartilage