PlayStation 4

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Playstation 4 (atau lebih dikenali sebagai PS4) ialah konsol permainan video yang akan datang dan yang ke empat yang dihasilkan oleh Sony Computer Entertainment, sebuah anak syarikat milik penuh Sony. Ia menggantikan Playstation 3 dan bersaing dengan Nintendo Wii U dan Xbox One. Playstation 4 telah didedahkan oleh Sony di sidang akhbar pada 20 Februari 2013, dan tarikh pengeluarannya ditetapkan pada suku ke empat 2013.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut ketua arkitek sistem Mark Cenry,penghasilan Playstation 4 (PS4) telah bermula sejak awal 2008 lagi. Kurang dari dua tahun sebelum itu, Playstation 3 secara rasminya telah dilancarkan setelah beberapa bulan kelewatan disebabkan oleh isu dalam penghasilan. Kelewatan itu menyebabkan Sony setahun di belakang Microsoft Xbox 360 yang sudah menghampiri jualan sebanyak 10 juta unit pada masa PS3 dilancarkan. CEO Playstation Europe Jim Ryan berkata Sony tidak mahu mengulangi kesilapan mereka.