PlayStation Home

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PlayStation Home
Pembangun SCE London Studio
SCE Studio Cambridge[1]
Sony Pictures Loot (Produk)
Outso (Kandungan)
Heavy Water (Kandungan)
Jenis Servis komuniti online
Dunia maya[2]
tanggal peluncuran 11 Disember, 2008 (Beta Terbuka)
Versi saat ini 1.36[3]
terakhir Diperbarui 1 Jun, 2010
panggung PlayStation 3
anggota 14 juta (setakat Jun 2010)
Pengganti (Inggeris) Laman web Asia
(Inggeris) Laman web Eropah
(Bahasa Jepun) Laman web Jepun
(Inggeris) Laman web Amerika Utara

PlayStation Home (juga digelar dan dirujuk hanya sebagai Home) merupakan sebuah servis permainan video sosial berdasarkan komuniti yang direka oleh studio-studio London dan Cambridge Sony Computer Entertainment untuk kegunaan oleh konsol PlayStation 3 di PlayStation Network (PSN). Servis ini diakses secara langsung menerusi XrossMediaBar yang merupakan antaramuka PlayStation 3. Keahliannya adalah percuma, dan sekadar memerlukan akaun PSN sahaja. Home telah berada dalam proses pembangunan sejak awal tahun 2005 dan bermula sebagai sebuah ujian beta terbuka pada 11 Disember, 2008.

Home membenarkan penggunanya mencipta sebuah avatar, yang boleh diubahsuai untuk menyesuaikan dengan citarasa pengguna. Pengguna juga boleh mencantikkan pangsapuri peribadi avatar mereka (digelar sebagai HomeSpace) dengan barang-barangan yang dibeli atau dimenangi. Pengguna kemudiannya boleh bergerak di dunia Home (kecuali kawasan-kawasan bersilang) yang sentiasa dikemaskini oleh Sony. Setiap bahagian duniannya dikenali sebagai ruang, ataupun space. Ruang awam mungkin sekali sebagai hiasan sahaja, ataupun untuk berkenalan. Ciri-ciri Home termasuklah permainan-permainan video mini yang boleh dibahagikan untuk seorang pemain ataupun sekumpulan pemain. Para pengguna boleh membeli-belah barangan baru untuk menghiasi avatar mereka dengan lebih baik, ataupun mendekorasi HomeSpace mereka. Home juga memiliki skrin-skrin video untuk pengiklanan, namun kandungan video utama ditunjukkan di panggung wayang sebagai ciri hiburan. Home turut menjadi hos kepada beberapa acara istimewa misalnya seperti acara pemberian hadiah ataupun acara-acara hiburan. Pengguna juga boleh menggunakan Home untuk berhubung dengan rakan-rakan dan mengubahsuai kandungan. Apabila pemasangan selesai, pengguna boleh memilih 3, 5, 8 ataupun 12 GB ruang bebas cakera keras untuk diperuntukkan untuk Home.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Ulasan PlayTV oleh Tom Bramwell". Eurogamer.net. 29 Ogos, 2008. 
  2. "Laman PlayStation Home". GamePro. Diperolehi pada 10 Jun 2008. 
  3. CydoniaX (1 Jun 2010). "Nota Patch Home Versi 1.36; Ingatan Penyenggaraan". SCEA. Diperolehi pada 1 Jun 2010. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.