PlayStation Move

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PlayStation Move
PlayStation Move Motion Controller
Pengawal gerakan PlayStation Move
PengilangSony Computer Entertainment
JenisAlat kawalan permainan video
GenerasiEra generasi ketujuh
Ketersediaan runcit
          KuasaBateri litium-ion
          InputPengawal gerakan:
          • Pengesanan gerakan
          • Penjejakan lokasi
          • 1 picu analog
            (T)
          • 8 butang
            (Triangle, Circle, Cross, Square, Start, Select, Home, Move)

          Pengawal navigasi:

          KetersambunganBluetooth, USB

          PlayStation Move (Jepun: プレイステーションムーヴ, Hepburn: PureiSutēshon Mūvu) adalah pelantar alat kawalan permainan video pengesanan gerakan untuk konsol permainan video PlayStation 3 (PS3) oleh Sony Computer Entertainment (SCE). Berdasarkan gerakan tangan, PlayStation Move juga menggunakan kamera PlayStation Eye untuk mengesan kedudukan pengawal, dan penderia inersia dalam pengawal untuk mengesan gerakan yang dilakukan. Pertama kali diumumkan pada tarikh 2 Jun 2009, PlayStation Move dilancarkan di wilayah PAL dan sebahagian besar pasaran Asia pada 15 September 2010, di Amerika Utara pada 19 September 2010, dan di Jepun pada 21 Oktober 2010. PlayStation Move akan bersaing dengan Wii Remote dengan Wii MotionPlus dan Kinect yang merupakan sistem kawalan pergerakan untuk konsol Wii dan Xbox 360.

          Meskipun PlayStation Move digunakan untuk konsol PlayStation 3, Sony menyatakan bahawa ia mengganggap Move sebagai suatu pelancaran "platform" utama, merancang kempen pemasaran yang agresif untuk menyokong itu. Slogan iklan untuk PlayStation Move dari E3 2010 ialah "This Changes Everything" (Ini Mengubah Segalanya), termasuk kerjasama dengan Coca-Cola, sebagai sebahagian daripada "It Only Does Everything" (Ia Hanya Melakukan Segalanya) iaitu kempen pemasaran yang bermula dengan munculnya PlayStation 3 Slim.

          PlayStation Move juga boleh digunakan dalam konsol PlayStation 4 serta digunakan bersama aksesori PlayStation VR[4].


          Sejarah[sunting | sunting sumber]

          Idea mengenai pembangunan PlayStation Move datang dari EyeToy[5], alat pengawal yang berdasarkan kepada kamera web yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation 2 yang dilancarkan sekitar tahun 2003. Dalam pembangunan EyeToy, pembangun melakukan eksperimen mengenai fungsi grafik 3D berwarna dan mempunyai rekabentuk bertongkat[6] termasuklah prototaip yang mengandungi bola di atasnya[7]. Pada masa EyeToy dilancarkan, ianya hanya menawarkan fungsi gerakan bebas tanpa dijejak oleh mana-mana peranti lain. Namun begitu, teknologi pengesan pergerakan mula menjadi fokus setelah harga pasaran pengesan pergerakan menurun serta hasil jualan yang memberangsangkan bagi aksesori Wii Remote yang memiliki rekabentuk bertongkat[5] pada tahun 2008 menyebabkan pihak Sony mula membangunkan aksesori pengesan mereka sendiri. Untuk mencapai perkara ini, mereka melakukan semakan semula terhadap konsep penjejak berbentuk sfera yang akan digunakan untuk aksesori PlayStation Eye, mengintergrasikan kesemua pengesan intertia dan memperbaiki mutu produk mereka dari perspektif kejuruteraan dan rekabentuk[8]. Pada awalnya, kod nama untuk projek pembangunan Move dikenali sebagai "Y-con", kerana terdapat tiga bahagian iaitu bahagian perkakasan Sony Computer Entertainment di Jepun, bahagian kejuruteraan aplikasi dari Sony Computer Entertainment di Amerika Utara serta Sony Worldwide Studio bekerja bersama-sama untuk membangunkan produk ini; seperti huruf "Y" dari tiga hujung bergabung bersama-sama. Perkara ini merupakan permulaan kepada bentuk kerjasama di dalam Sony itu sendiri, yang kemudiannya diperluaskan bagi pembangunan projek PlayStation 4 dan PlayStation Vita[9].

          Alat pengawal Move ini diumumkan semasa sidang media Sony dalam acara Electronic Entertainment Expo 2009 pada 2 Jun 2009, di mana demonstrasi juga diadakan menggunakan prototaip[10]. Pada mulanya, ianya dikenali dengan nama PlayStation Motion Controller, dan dijadualkan berada di pasaran pada suku tahun pertama atau kedua 2010. Walau bagaimanapun, sehingga Ogos 2009, ciri-ciri dan rekabentuk rasmi alat pengawal ini masih lagi belum disahkan[11].

          Tidak lama selepas Sony memperlihatkan alat pengawal ini kepada pembangun, Sony menyatakan bahawa mereka sedang meneliti kemungkinan menggunakan alat pengawal pengesan pergerakan bersama-sama dengan alat pengawal standard PlayStation 3, seperti dalam senario di mana pemain menggunakan alat pengawal pengesan pergerakan sebagai pedang dan alat pengawal DualShock 3 sebagai perisai[12]. Penggunaan alat pengawal pengesan pergerakan dan alat pengawal PlayStation 3 mula diperlihatkan dalam acara Tokyo Game Show pada bulan September 2009 melalui permainan video Biohazard 5: Alternative Edition. Kebanyakkan pengguna melihat kombinasi alat pengawal ini digunakan dengan baik sekali, walaupun ada sesetengah yang merasakan memegang alat pengawal DualShock 3 dengan hanya sebelah tangan nampak janggal[13][14]. Pada masa itu juga, terdapat khabar angin yang menyatakan Sony sedang dalam peringkat mereka bentuk alat pengawal tambahan yang seakan sama dengan alat pengawal yang dikeluarkan Nintendo pada ketika itu, Nunchuk[15].

          Pada bulan Januari 2010, Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat pengawal ini pada suku ketiga atau keempat 2010[16]. Pada 10 Mac, Sony mengumumkan nama rasmi dan logo untuk alat pengawal ini dalam acara Game Developers Conference 2010, dan memperlihatkan rekabentuk akhir alat pengawal ini[17]). Logo ini dilihat sebagai bentuk ombak berwarna yang mewakili jejak cahaya yang dikeluarkan oleh bahagian sfera pada PlayStation Move apabila pemain menggunakannya[18].


          Komponen[sunting | sunting sumber]

          Kawalan pergerakan[sunting | sunting sumber]

          PlayStation Move mengandungi beberapa jenis pengesan yang mengesan pergerakan pemain.

          Komponen utama dalam PlayStation Move, kawalan pergerakan, ialah alat pengawal berbentuk tongkat yang membolehkan pemain berinteraksi dengan konsol melalui pergerakan di hadapan PlayStation Camera[1]. Fungsinya lebih kurang sama dengan alat pengawal Wii Remote.

          PlayStation Move terdiri daripada bebola yang terletak di atas yang mengeluarkan pelbagai warna berdasarkan kepada lampu LED yang menggunakan spektrum RGB[19]. Warna-warna yang dikeluarkan oleh bebola ini adalah berdasarkan kepada situasi di dalam permainan video. Warna yang dipancarkan ini juga bertindak sebagai penanda aktif di mana posisi bebola ini akan dijejak oleh PlayStation Camera[20][21]. Selain itu, bentuk dan kadar pencahayaan daripada bebola ini juga membantu sistem mengenalpasti jarak pemain dengan lebih tepat[21].

          Dua buah pengesan inersia, tiga-dimensi akselerometer serta pengesan kadar yang terdapat di dalam alat pengawal ini digunakan untuk menjejak putaran serta pergerakan secara keseluruhan[20][8]. Magnetometer dalaman digunakan untuk melakukan penentukuran di antara pergerakan alat pengawal dengan medan magnetik Bumi bagi memperbetulkan ralat kumulatif yang disebabkan oleh pengesan inersia[22]. Terdapat juga pengesan suhu yang digunakan untuk menyelaraskan bacaan pengesan inersia terhadap kesan suhu[23]. Pengesan inersia juga digunakan sebagai rekod terkini jika penjejak pada kamera tidak boleh digunakan, seperti apabila alat pengawal ini terselindung di sebalik pengguna lain[19].

          Di bahagian hadapan alat pengawal Move terdapat butang berbentuk bujur yang besar yang dilabel sebagai Move[24], yang dikelilingi dengan beberapa butang yang lebih kecil (Segi tiga, Bulatan, X, Segi empat) dan butang berlabel PS di bawahnya, susunan yang sama seperti alat pengawal Blu-ray yang dikeluarkan untuk PlayStation 3. Pada bahagian kiri dan kanan, terdapat butang "Select" dan "Start". Di bawahnya pula, terdapat butang berlabel T untuk memulakan fungsi analog[19]. Manakala, pada bahagian hujung bawah Move terdapat tali untuk mengikat alat pengawal ini pada pergelangan tangan, port USB dan port sambungan[25].

          Antara ciri-ciri lain pada alat pengawal Move ini adalah fungsi gegaran yang akan dicetuskan apabila sesuatu senario berlaku, yang menggunakan teknologi Haptic[19].

          Konsol PlayStation 3 berupaya untuk mengesan sehingga empat alat pengawal ini pada satu-satu masa[26], yang dibezakan menggunakan warna-warna yang berbeza yang dipancarkan pada bebola[19]. Demonstrasi mengenai penggunaan beberapa alat pengawal disambung pada sebuah konsol PlayStation 3 telah ditunjukkan, selain pengguna mencuba menggunakan dua buah alat pengawal yang dipegang bersama[20][27]. Sebanyak 200 judul permainan video yang dikeluarkan untuk PlayStation Move[28], di mana pemain mempunyai pilihan untuk menggunakan dari 1 hingga 4 buah alat pengawal Move ini untuk bermain bersama pemain lain[11].


          Rujukan[sunting | sunting sumber]

          1. ^ a b c "PlayStation Move motion controller to hit worldwide market starting this September". Sony Computer Entertainment. 16 Jun 2010. Dicapai pada 15 Jun 2010.
          2. ^ a b James Gallagher (7 September 2010). "Everything You Need To Know About PlayStation Move". SCEE; PlayStation Blog. Dicapai pada 22 November 2010.
          3. ^ "PlayStation Move Motion Controller FAQs". Sony. Dicapai pada 4 September 2010.
          4. ^ Samit, Sarkar (17 Jun 2016). "Should you buy a Move controller for PlayStation VR while they're still cheap?". Polygon. Dicapai pada 18 April 2017.
          5. ^ a b Gera, Emily (27 Julai 2010). "PlayStation Move: Not just another Wii". VideoGamer.com. Pro-G Media. m/s. 1. Dicapai pada 22 Februari 2013. PlayStation Move is the direct result of the work we did with EyeToy, so we really did start with the camera portion. Back in the year 2000 one of the tech demos we were doing, even back then, involved a coloured ball on a stick and we were trying to track that around.
          6. ^ Ransom-Wiley, James (3 Oktober 2005). "Sony has its own magic wand in the works". Joystiq. Dicapai pada 26 Jun 2009.
          7. ^ Richard Marks (2004-01-21). EyeToy: A New Interface for Interactive Entertainment. Peritiwa berlaku pada 23:36. Diarkibkan daripada yang asal (Windows Media v7) pada 2011-04-15. Dicapai pada 20 Jun 2009. Cite has empty unknown parameter: |loStanford Universitycation= (bantuan)
          8. ^ a b Richard Marks (27 Ogos 2009). PS3 Motion Controller (Flash Video) (podcast). Foster City, California: Sony Computer Entertainment America. Peritiwa berlaku pada 4:41. Dicapai pada 29 Ogos 2009. Basically we converted into a product just starting last year […] and we started— melded it together with some inertial sensors, like the gyros and accelerometers, for example…
          9. ^ "Game Changers: Sony Computer Entertainment's Shuhei Yoshida in Conversation with Mark Cerny". Computer History. Dicapai pada 25 April 2014.
          10. ^ "Sony Computer Entertainment America announces an unparalleled software line up, launch of the PSP go system, and new services for PSP (PlayStation Portable) and PlayStation Network at E3 2009". Sony Computer Entertainment. 2 Jun 2009. Dicapai pada 3 Jun 2009.
          11. ^ a b Bramwell, Tom (25 Ogos 2009). "Sony's Shuhei Yoshida". Eurogamer. Eurogamer Network. Dicapai pada 26 Ogos 2009.
          12. ^ Templat:Ref patent
          13. ^ Aziz, Hamza (26 September 2009). "TGS 09: Resident Evil 5's PS3 waggle controls in action". Destructoid. Dicapai pada 11 Mac 2010. It’s great that you don’t have to buy an extra controller, but using the Dual Shock 3 with the Motion Controller looks so unpleasant. Hopefully Sony has something planned for an alternative controller to go with the Motion Controller.
          14. ^ McElroy, Griffin (25 September 2009). "TGS 2009: Motion-controlled Resident Evil 5 caught on video". Joystiq. Weblogs, Inc. Dicapai pada 2010-03-11. due to the fact that Sony's controller has no nunchuck (which forces the player to hold a Sixaxis in one hand and the wand in another) the controls look a bit more awkward this time around.
          15. ^ Ashcraft, Brian (26 September 2009). "Sony Still Pondering Names, Options For Motion Controller". Kotaku. Gawker Media. Dicapai pada 11 Mac 2010. There have been rumblings that Sony is currently working on a proper Nunchuk peripheral — that it is already in the design phase.
          16. ^ "Motion Controller for PlayStation 3 to become available worldwide in fall 2010". Sony Computer Entertainment. 20 Januari 2010. Dicapai pada 24 September 2010. Sony Computer Entertainment (SCE) today announced that it will release its new Motion Controller (tentative name) for PlayStation 3 (PS3) computer entertainment system in fall 2010 in Japan, Asian regions and countries, North America and Europe/PAL territories together with an extensive line-up of exciting software titles.
          17. ^ Magrino, Tom (12 April 2010). "PlayStation Move sub-controller renamed "navigation controller"". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 13 April 2010. As it turns out, the use of the term 'sub-controller' was itself a placeholder. Yesterday, Sony submitted a finalized ID label to the Federal Communications Commission, revealing that the sub-controller will in fact be known as the 'navigation controller.'
          18. ^ Yoon, Andrew (11 Mac 2010). "Interview: Sony's Scott Rohde on PlayStation Move". Joystiq. Weblogs, Inc. Dicapai pada 12 Mac 2010. It's representing movement! It's supposed to represent the swipe of the controller.
          19. ^ a b c d e Sinclair, Brendan (12 Mac 2010). "Sony reveals what makes PlayStation Move tick". GameSpot. CBS Interactive. Dicapai pada 12 Mac 2010.
          20. ^ a b c Anton Mikhailov (31 Ogos 2009). PlayStation Motion Controller Interview Part 2 (Flash Video) (podcast). Foster City, California: Sony Computer Entertainment America. Dicapai pada 9 September 2009.
          21. ^ a b Kumar, Mathew (16 Julai 2009). "Develop 2009: SCEE's Hirani Reveals PS Eye Facial Recognition, Motion Controller Details". Gamasutra. Think Services. Dicapai pada 17 Julai 2009. The sphere is what the camera is tracking, in full RGB — it tracks X and Y, and Z is deduced from the area of the sphere
          22. ^ "PlayStation Move motion controller delivers a whole new entertainment experience to PlayStation 3". Sony Computer Entertainment. 10 Mac 2010. Dicapai pada 11 Mac 2010. Sony Computer Entertainment (SCE) today announced that PlayStation Move motion controller for PlayStation 3 (PS3) computer entertainment system, launches worldwide this fall […] Concurrently with its launch, SCE will also release PlayStation Move sub-controller to be used along with the motion controller for intuitive navigation of in-game characters and objects. […] PlayStation Move motion controller delivers unmatched accuracy through its advanced motion sensors, including a three-axis gyroscope, a three-axis accelerometer, and a terrestrial magnetic field sensor, as well as a color-changing sphere that is tracked by PlayStation Eye camera. […] DUALSHOCK or SIXAXIS Wireless Controller can also be used in place of the sub controller. […] The introduction of PlayStation Move controllers has been well received within the industry and now 36 third party developers and publishers have decided to support PlayStation Move platform.
          23. ^ Molina, Brent (25 Ogos 2009). "Six things you didn't know about PlayStation Move". Game Hunters. USA Today. Dicapai pada 22 Februari 2013.
          24. ^ Yoshida, Shuhei (11 Mac 2010). "Get physical with PlayStation Move". EU.PlayStation.com. Sony Computer Entertainment Europe. Dicapai pada 11 Mac 2010. The second unique feature is the Move button on the front of the controller. With the movement of the arms being such an integral part of using the controller, we feel that it is better to have one big button, making it easier for anyone to understand and press.
          25. ^ "PlayStation Move (Joystiq's photos)". Joystiq. Dicapai pada 11 Mac 2010.
          26. ^ Gibson, Ellie (21 July 2009). "Sony's new motion controller". Eurogamer. Eurogamer Network. Dicapai pada 21 July 2009. You can programmatically set the colour as well. It's RGB, so there's the full spectrum of colour.
          27. ^ Richard Marks, Anton Mikhailov, Jack Tretton (2 Jun 2009). Sony E3 2009 Press Conference Part 4 (Flash Video). Peritiwa berlaku pada 07:25. Dicapai pada 3 Jun 2009.
          28. ^ Shuman, Sid (7 September 2010). "PlayStation Move: The Ultimate FAQ". PlayStation. Dicapai pada 18 April 2017.