Plaza Low Yat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Low Yat Plaza
Pintu besar Plaza Low Yat menghadap utara. Plaza Low Yat Plaza terletak jauh dari jalan utama di kawasan Imbi dan Bukit Bintang.
LokasiImbi, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaan1999[1]
PemajuLow Yat Group
PengurusanLow Yat Group
PemilikLow Yat Group
Bil. gedung dan perkhidmatan~400[1]
Bil. penyewa utama2
Keluasan lantai peruncitan28,800 m2 (310,000 ka2)[1]
Bil. tingkat7

Plaza Low Yat (Cina Tradisional: 劉碟廣場, Cina Ringkas: 刘蝶广场, bahasa Inggeris: Low Yat Plaza), ialah sebuah pusat beli-belah yang khususnya menjual barangan elektronik dan teknologi maklumat di Kuala Lumpur, Malaysia.[2]

Plaza Low Yat terletak di Lot 7, Jalan 1/77, Off Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, di belakang hotel Melia Kuala Lumpur dan menghadap Berjaya Times Square dari arah stesen monorel Imbi, Stesen MRT Bukit Bintang dan Plaza Sungei Wang dari arah stesen monorel Bukit Bintang. Ada sebuah lagi pusat beli-belah IT yang berhampiran dengan Low Yat, iaitu Plaza Imbi yang terletak di antara Melia dan Sungei Wang, tetapi terletak di jalan utama.

Pusat beli-belah ini mendapat perhatian media kerana kejadian rusuhan berlaku pada Julai 2015.[3]

Aras[sunting | sunting sumber]

Plaza Low Yat Plaza terdiri daripada 12 aras, termasuk lima aras parkir bawah tanah.

Aras Huraian
B5-B2 Parkir
B1 Parkir, Red Box Karaoke
LG Medan selera
G-UG Restoran, farmasi, kedai gambar, kedai telefon bimbit, dsb.
1 Kedai telefon bimbit, pakaian, buku, ATM
2-3 Pusat komputer
4 Pusat komputer, pejabat, jabatan jaminan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Celebrating two decades of revolutionised shopping". Star2.com. 4 August 2019. Dicapai pada 30 August 2019.
  2. ^ Tshiung Han See (21 July 2015). "How to shop like a boss at Low Yat Plaza". Stuff Magazine. Dicapai pada 21 September 2018.
  3. ^ Lopez, Greg. "Low Yat Riot In Malaysia -- Racial Or Something Else?". Forbes.com. Dicapai pada 3 December 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]