Plaza Sungei Wang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Plaza Sungei Wang
LokasiBukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh pembukaan1977
PemajuSungei Wang Plaza Sdn Bhd
PengurusanSungei Wang Plaza Management Corporation
Bil. gedung dan perkhidmatanest. 200
Bil. penyewa utama1 (Parkson)
Keluasan lantai peruncitankira-kira 1,200,000 kaki persegi (110,000 m2)
Bil. tingkat7 (beli-belah), 3 (letak kereta)

Plaza Sungei Wang (Cina: 金河廣場) ialah sebuah pusat beli-belah terkemuka yang terletak di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, Malaysia, beroperasi sejak tahun 1977.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Plaza Sungei Wang boleh dicapai melalui pengangkutan monorel di stesen Imbi atau Bukit Bintang.

Antara pusat beli-belah utama lain yang terletak di sekitarnya ialah Lot 10, Berjaya Times Square, Plaza Imbi, Plaza Low Yat, Plaza KL dan Starhill Gallery. Kesemua pusat beli-belah ini terletak dalam lingkungan Segitiga Emas di Kuala Lumpur. Gedung yang menjadi penghuni utamanya ialah Parkson. Plaza Bukit Bintang terletak bersebelahan dengan Sungei Wang.

Tingkat[sunting | sunting sumber]

Tingkat tiganya (IT@Sungei Wang) terkenal kerana diisi kedai-kedai kelengkapan komputer, perkakasan dan perisian IT. Pintu masuk Sungei Wang dihubungkan dengan jalan utama oleh laluan pejalan kaki bertema Fiesta Street yang dipenuhi restoran makanan Itali, Amerika, Cina, atau Asia Tenggara.

Tingkat Jenis Huraian
LG (Bawah Tanah) Kedai Butik, Salon & Kelengkapan Audio
G (Bawah) Restoran, Parkson, dsb.
1 Stesen Monorel Bukit Bintang
2-3 Klinik, pejabat, kedai komputer, dsb.
4 Tempat letak kereta
6 Trendy Zone

Pautan luar[sunting | sunting sumber]