Pokémon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokemon)
Pokémon
PenciptaSatoshi Tajiri
Ken Sugimori
Game Freak
Hasil kerja asalPocket Monsters Red and Green (1996)
Penerbitan cetakan
Cerita pendekPokémon Junior
KomikVarious Pokémon manga
Filem dan televisyen
FilemLihat senarai filem Pokémon
Filem pendekVarious Pikachu shorts
Siri animasiPokémon (anime)
Pokémon Chronicles
Drama khas televisyenMewtwo Returns
The Mastermind of Mirage Pokémon
Filem televisyenPokémon Origins
Persembahan teater
Pementasan muzikalPokémon Live!
Permainan
TradisionalPokémon Trading Card Game
Pokémon Trading Figure Game
Permainan videoPokémon video game series
Super Smash Bros.
Audio
Runut bunyiPokémon 2.B.A. Master
Lihat Juga Senarai lagu tema Pokémon
Lain-lain
Taman temaPoképark

Pokémon (ポケモン sebutannya "Po-Ké-Mo-N"), selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 (27 Februari 2006 merupakan sambutan ulang tahun Pokémon yang ke-10) dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi iaitu Nintendo. Game Pokémon yang asal (untuk Game Boy, komputer dan permainan video) telah diteruskan ke dalam bentuk:-

Pokémon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu (ポケットモンスター sebutannya "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa") atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi (kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokémon Chronicles).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Konsep Pokémon ini berasal daripada hobi mengumpul serangga, iaitu satu hobi yang sangat popular di Jepun (suatu masa dahulu), dan Satoshi Tajiri merupakan penggemar hobi ini semenjak beliau kecil lagi. Daripada Jepun (1996), idea Satoshi ini telah diadaptasikan (diterjemahkan) kepada pasaran Amerika Syarikat (1998) dengan terhasilnya game:-

Pada tarikh Disember 2005, 4Kids Entertainment, syarikat yang menguruskan penglesenan bagi animasi Pokémon, mengumumkan bahawa mereka telah bersedia untuk memperbaharui perjanjian untuk pasaran produk Pokémon itu. Pokémon USA Inc., anak syarikat kepada Japan's Pokémon Co., sekarang ini sedang sibuk meninjau penglesenan Pokémon untuk pasaran luar Asia.

Konsep (Permainan Video)[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua game ini membolehkan pemain untuk menangkap, mengumpul, dan melatih ratusan binatang yang dikenali sebagai Pokémon. Pemain boleh melawankan Pokémon mereka dengan Pokémon yang lain untuk menaikkan kekuatan dan meningkatkan teknik berlawan Pokémon. Pokémon juga boleh "berevolusi" untuk menjadi Pokémon yang lebih kuat dan mempelajari teknik berlawan yang lebih kuat dan baru.

Satoshi Tajiri tidak mahukan "pointless violent", maksudnya beliau tidak mahu memasukkan unsur-unsur keganasan dalam dunia Pokémon. Maka, sebab itulah dalam game Pokémon, Pokémon tidak boleh mati atau berdarah. Paling teruk pun, Pokémon hanya akan pengsan (fainted) dan akan sembuh semula setelah dibawa ke Pokemon Center. Walau bagaimanapun, Pokémon masih boleh:-

  • dikelirukan (confused)
  • diracunkan (poisoned)
  • dilumpuhkan (paralyzed)
  • dibekukan (frozen)
  • ditidurkan (asleep)
  • terbakar/melecur (burned).

Pokémon juga bermaksud sekumpulan makhluk fiksyen yang wujud dalam dunia semesta Pokémon. Sehingga kini, bilangan Pokémon adalah sebanyak 896 spesies. Kesemua Pokémon ini adalah hasil daripada perkembangan selama 24 tahun bagi 151 Pokémon yang asal (game Pokémon Red dan Pokémon Blue) dan juga penambahan beberapa spesies Pokémon yang baru.

Latar[sunting | sunting sumber]

Watak-watak utama daripada animasi Advanced Generation. Manusia daripada kiri ke kanan: Brock, Ash, May dan Max. Pokémon dari kiri ke kanan: Mudkip, Pikachu, Treecko dan Torchic.

Prasarana[sunting | sunting sumber]

  • Dunia semesta Pokémon adalah berdasarkan Bumi dari segi bentuk muka buminya
  • Wujud manusia, bandar, hutan belantara, semak-samun dan lautan
  • Wujud Pokémon tumbuhan yang mewakili flora
  • Wujud Pokémon yang menyerupai binatang tertentu yakni fauna
  • Suatu teori lagi ialah Pokémon adalah berdasarkan masa hadapan yang mana teknologinya amat canggih (teori teleportasi dan hukum evolusi telah dikaji dengan mendalam) dan jalan ceritanya berkisar mengenai persekitaran di muka bumi
  • Kenderaan, selain basikal jarang dijumpai ("Ash Ketchum" jalan kaki). Hanya peristiwa tertentu sahaja yang memaparkan gambar motor dan lori contohnya polis-polis di bandar dan Team Rocket
  • Stesen lapangan terbang jarang ditonjolkan. Sebarang perjalanan jauh dibuat dengan menaiki kapal laut yang tambangnya percuma (atau pun tiket yang boleh diguna berulang-ulang kali)
  • Jalan diwujudkan untuk pembonceng basikal di sesetengah kawasan tertentu
  • Dalam Pokémon Crystal, terdapat keretapi yang boleh digunakan sebagai pengangkutan
  • Sudah menjadi prinsip pelatih Pokémon untuk menjelajah dan mencari spesies baru Pokémon untuk ditangkap. Oleh itu, mereka rela berjalan kaki tanpa menaiki kenderaan lain

Makanan[sunting | sunting sumber]

  • Apabila watak dalam animasi Pokémon makan (contohnya Ash Ketchum, Brock, Misty dan lain-lain), selalunya tidak berapa jelas dari mana datangnya sumber makanan itu. Walau bagaimanapun, Farfetch'd pernah dinyatakan sebagai sumber makanan (dalam siri TVnya dan juga game)
  • Terdapat watak yang pandai memasak contohnya ibu "Ash Ketchum" dan "Brock"

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Teknologi yang berada dalam dunia semesta Pokémon didapati amat canggih dan maju ke hadapan. Contohnya:-

  • Wujud Poké Ball yang mampu mengecilkan saiz Pokémon
  • Teori teleportasi untuk memindahkan Pokémon ke tempat lain
  • Hukum evolusi untuk mengubah bentuk Pokémon
  • Pokégear sebagai alat perhubungan,
  • Mewtwo yang genetik genomnya diubah
  • Menghidupkan semula nyawa fosil Pokémon yang telah mati berjuta-juta tahun dahulu
  • "videophone" iaitu alat untuk Ash Ketchum bercakap dengan Professor Oak
  • Pokédex yang mampu mengesan kedudukan Pokémon dalam peta walaupun Pokémon itu lari-lari
  • Beberapa servis tertentu adalah percuma ataupun terdapat tiket yang boleh diguna berulang-ulang kali contohnya "Ship" dalam Pokémon Crystal
  • dan pelbagai perkakas teknologi tinggi yang lain

Setiap medium Pokémon (contohnya air, rumput, udara dan sebagainya) mempunyai beberapa variasi walaupun sedikit.

Generasi[sunting | sunting sumber]

Permainan Pokémon asal dahulunya sebuah permainan berperanan (RPG) dengan unsur strategi, dan telah dicipta oleh Satoshi Tajiri untuk Game Boy. RPG ini, dan sekuel, buatan semula, dan terjemahan bahasa Inggeris mereka, masih dianggap sebagai permainan Pokémon yang "utama", dan permainan yang paling peminat siri merujuk kepada apabila mereka menggunakan istilah "permainan Pokémon". Semua hartanah Pokémon dilesenkan diselia oleh The Pokémon Company International dibahagikan secara kasar oleh generasi. Generasi ini secara kasar dikronologikan bahagian berdasarkan pelepasan; setiap beberapa tahun, apabila sekuel rasmi dalam siri RPG utama dilepaskan yang mempunyai Pokémon, watak-watak, dan konsep permainan baru, sekuel yang dianggap permulaan generasi baru francais. Permainan yang utama dan sampingan, anime, manga, dan permainan kad perdagangan mereka semua dikemaskini dengan hartanah Pokémon baru setiap kali generasi baru bermula. Francais memulakan generasi keenam pada 12 Oktober 2013.

Satu pertempuran saingan antara Bulbasaur dan Charmander dalam Pokémon Red and Blue[1]

Dalam media lain[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Kritikan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Moral[sunting | sunting sumber]

Pokémon telah menerima kritikan daripada penganut-penganut agama Kristian, Yahudi dan Islam; penganut Kristian bimbang bahawa tema-tema ilmu ghaib dan keganasan yang nyata dan juga konsep "evolusi Pokémon" (yang dianggap berkaitan dengan teori evolusi) yang wujud dalam Pokémon akan mencabuli konsep penciptaan menurut buku Genesis.[2] Bagaimanapun, pihak Vatican berpendapat bahawa permainan kad dagangan dan permainan video Pokémon adalah "penuh dengan imaninasi yang direka-reka" dan tidak mendatangkan "kesan moral yang merbahaya".[3] Di United Kingdom, permainan "Kad Kuasa Kristian" telah diperkenalkan pada tahun 1999 sebagai respons terhadap dakwaan-dakwaan yang menuduh Pokémon sebagai bersifat kesyaitanan, permainan yang serupa dengan TGC Pokémon tetapi menggunakan tokoh-tokoh dalam Bible.[4] Pada tahun 1999, kumpulan hak asasi Yahudi, Anti-Defamation League juga telah memberi tekanan kepada syarikat Nintendo untuk mengedit imej kad dagangan Pokémon bagi Golbat dan Ditto kerana kad-kad itu memaparkan manji yang ditafsirkan oleh liga tersebut sebagai anti-Semitism, walaupun kad-kad ini telah dirancangkan untuk hanya dijual di Jepun manakala Nintendo merancangkan untuk menerbitkan versi yang telah diedit di Amerika Utara pada tahun berikutnya.[5] Pada tahun 2001, Arab Saudi telah mengharamkan permainan dan kad Pokémon sambil mengatakan bahawa francais itu mempromosi Zionisme yang mencabuli doktrin Islam.[6] Pokémon juga telah dituduh mempromosikan sabung ayam[7][8] dan materialisme.[9] Pada tahun 1999, dua orang budak berusia 9 tahun telah memfailkan dakwaan terhadap Nintendo kerana mereka mendakwa bahawa Permainan Kad Dagangan Pokémon telah menyebabkan mereka ketagihan judi yang teruk.[10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Buku
  • Tobin, Joseph, ed. Pikachu's Global Adventure: The Rise and Fall of Pokémon. Duke University Press., February, 2004. ISBN 0-8223-3287-6.
Laman web
Catatan
  1. ^ MacDonald, Mark; Brokaw, Brian; Arnold; J. Douglas; Elies, Mark (1999). Pokémon Trainer's Guide. Sandwich Islands Publishing. m/s. 73. ISBN 0-439-15404-9.
  2. ^ Carder, Thomas A. Pokemon: The Movie (1999).ChildCare Action Project: 1999
  3. ^ Silverman, Stephen M. Pokemon Gets Religion Diarkibkan 2012-06-27 di Wayback Machine. People
  4. ^ Pokémon trumped by pocket saints. BBC: June 27, 2000.
  5. ^ Fitzgerald, Jim. `Swastika' Pokemon card dropped. Chicago Sun-Times: December 3, 1999.
  6. ^ Saudi bans Pokemon. March 26, 2001, CNN.com. Retrieved on July 22, 2007.
  7. ^ Gurney, Sally. Pokemon - It Genuinely worries me. Epinions: June 29, 2000.
  8. ^ Hunter, Matthew Scott. Be Free, Little Pokemon! Las Vegas Weekly: May 3, 2007.
  9. ^ Ramlow, Todd R. Pokemon, or rather, Pocket Money. Popmatters: 2000
  10. ^ Crowley, Kieran. Lawsuit Slams Pokemon As Bad Bet for Addicted Kids. New York Post: October 1999

Pautan luar[sunting | sunting sumber]