Bala laut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Agutud)

Bala laut
Bunga bala laut
Pengelasan saintifik
Alam:
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
(tanpa pangkat):
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. subcordata
Nama binomial
Cordia subcordata
Sinonim[3]
Senarai
    • Cordia banalo Blanco
    • Cordia campanulata Roxb
    • Cordia hexandra Willd.
    • Cordia ignota Blanco
    • Cordia moluccana Roxb.
    • Cordia octandra A.DC.
    • Cordia orientalis R.Br.
    • Cordia prionodes Voigt
    • Cordia rumphii Blume
    • Lithocardium moluccanum (Roxb.) Kuntze
    • Lithocardium octandrum (A.DC.) Kuntze
    • Lithocardium serratum Kuntze
    • Novella nigra Raf.
    • Sebestena rumphii (Blume) J.Presl

Bala laut atau agutud (nama botani: Cordia subcordata)[4][5] merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Boraginaceae[3] yang tumbuh asli di Afrika Timur, Asia Selatan, Asia Tenggara, Australia utara dan kepulauan Pasifik termasuk Hawaii.[2]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama agutud dipakai di Sabah.[4] Nama ini seasal dengan agotot dan agutut dalam bahasa Bisaya Panay, dan agutug dalam Bahasa Cebuano.[6]

Botani[sunting | sunting sumber]

Ia tumbuh di kawasan yang bertanah liat atau berpasir, tahap pH yang neutral atau alkali (sekitar 6.1 hingga 7.4) yang mengandungi basalt dan batu kapur, dan menerima curahan hujan sebanyak 1,000–4,000 milimeter dalam setahun. Pokok yang matang tumbuh sehingga 7–10 meter, tetapi ia boleh tumbuh setinggi 15 m.[7]:3

Helai daunnya berbentuk bujur dengan ukuran 8–20 sentimeter panjang dan 5–15 sm lebar, permukaan atasnya ada bulu-bulu halus.[7][8]:78

Bunga dan buah[sunting | sunting sumber]

Pokok bala laut berbunga sepanjang tahun.[9] Bunga-bunganya muncul dari jambak yang tumbuh di hujung tangkai, setiap jambak mempunyai 5–20 kuntum bunga.[8]:78–79 Sekuntum bunga bala laut berbentuk corong dengan ukuran 10-20 mm long, 1–4 sm panjang dan 0.4–0.8 mm lebar terdiri daripada kelopak berwarna jingga.[7][8]:78

Ranting berbunga dan buah bala laut yang kering.

Pokok bala laut berbuah sepanjang tahun. Buahnya berbentuk sfera sepanjang 2–3 sm dan menjadi keras apabila matang, ia boleh terapung dan hanyut dibawa arus lautan dalam jarak yang jauh.[7] Setiap biji buah mengandungi empat atau kurang butir biji benih kecil yang berukuran 10–13 milimeter panjang.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Biji benihnya boleh dimakan, ia pernah dijadikan bekalan kecemasan semasa kebuluran.[7]

Daunnya digunakan untuk merawat sengatan bisa ikan.[5]

Kayu pokok ini lembut, tahan lasak, mudah dibentuk[9] dan tidak terjejas selepas dimakan anai-anai.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oldfield, S. (2019). "Cordia subcordata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2019: e.T33199A67739216. doi:10.2305/IUCN.UK.2019-2.RLTS.T33199A67739216.en. Dicapai pada 26 September 2023.
  2. ^ a b "Cordia subcordata Lam". Germplasm Resources Information Network. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat. 9 November 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Jun 2011. Dicapai pada 2 Mac 2010.
  3. ^ a b "Cordia subcordata Lam". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. 2023. Dicapai pada 26 September 2023.
  4. ^ a b Lee, Y. F. (2005). Preferred Check-List of Sabah Trees. Sandakan, Sabah: Jabatan Perhutanan Sabah. m/s. 4. ISBN 216807-X Check |isbn= value: length (bantuan).
  5. ^ a b Lee Shin Shin; Aziah Muhamad; Joanne Tong (2015). Mangrove Guidebook for Malaysia. Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: Wetlands International, Malaysia. m/s. 98. ISBN 978-983-42276-6-1.
  6. ^ Merrill, Elmer Drew (1923). An enumeration of Philippine flowering plants. 3. Manila, Filipina: Biro Sains Jabatan Pertanian dan Sumber Alam Semula Jadi Pemerintahan Kepulauan Filipina. m/s. 374 – melalui Biodiversity Heritage Library.
  7. ^ a b c d e Friday, J. B.; Okano, Dana (April 2006). "Cordia subcordata (kou)" (PDF). Species Profiles for Pacific Island Agroforestry. The Traditional Tree Initiative. Dicapai pada 18 Oktober 2014.
  8. ^ a b c Riedl, H. (1997). "Boraginaceae". Flora Malesiana. 13 (1): 43–144 – melalui Naturalis Institutional Repository.
  9. ^ a b Allen, James A. (2003). "Cordia subcordata Lam.". Tropical Tree Seed Manual. Reforestation, Nurseries & Genetics Resources. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Januari 2009. Dicapai pada 24 Februari 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kategori berkenaan Cordia subcordata di Wikimedia Commons Data berkenaan Bala laut di Wikispesies