Pokok Akar Dani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Akar Dani
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Myrtales
Famili: Combretaceae
Genus: Combretum
Spesies: C. indicum
Nama binomial
Combretum indicum
(L.) DeFilipps
Sinonim

Quisqualis indica L.

QuisqualisIndicaLeaves.jpg

Pokok Akar Dani ialah penjalar Asia yang memiliki rumpun-rumpun bunga merah yang menarik. Ia boleh didapati di belukar atau hutan sekunder Filipina, India, dan Malaysia, serta juga di banyak kawasan yang lain di dunia, baik sebagai pokok hiasan yang ditanam mahupun sebagai pokok liar. Nama botaninya Quisqualis indica[1], dengan nama genusnya Quisqualis membawa pengertian "Apakah itu?" dalam bahasa Latin.

Huraian[sunting | sunting sumber]

Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya. Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat. Daun tersebut yang panjangnya 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan. Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza-beza dari putih ke merah muda hingga merah. Buahnya 30-35 milimeter panjangnya, dan rasanya seakan-akan buah badam apabila matang. Ia berbentuk elips dan memiliki lima sayap yang ketara. Buah pokok ini disebarkan melalui air. Poko ini juga dikenali sebagai pokok "Drunken Sailor"

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok Akar Dani digunakan khususnya untuk dijadikan perubatan tradisional. Rebusan akar, biji atau buahnya boleh dipergunakan sebagai antihelmintik serta juga untuk mengurangkan cirit-birit. Rebusan buahnya juga boleh digunakan untuk merawat nefritis serta juga sebagai ubat kumur, manakala daunnya boleh digunakan untuk mengurangkan sakit yang diakibatkan oleh demam. Akarnya digunakan untuk merawat reumatisme (sengal-sengal tulang), manakala biji dari lenggainya digunakan untuk merawat cacing bulat dan cacing peniti kerana ia boleh meracuni parasit tersebut dan membunuhnya semasa di dalam saluran penghadaman.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z