Pokok Ara Beringin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Ara Beringin
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Urticales
Famili: Moraceae
Genus: Ficus
Spesies: F. benjamina
Nama binomial
Ficus benjamina
L.

Pokok Ara Beringin atau nama sainsnya Ficus benjamina tergolong dalam keluarga pokok Ara, dan merupakan pokok asal di Asia tenggara dan selatan sehingga utara Australia. Ia merupakan pokok rasmi Bangkok, Thailand. Ia merupakan pokok yang mencecah 30 m tinggi secara semulajadi, dengan dahan melengkung dan daun berkilat sepanjang 6-13 cm, bujur dengan hujung menjulur (acuminate). Buahnya merupakan sumber makanan burung.


Penanaman[sunting | sunting sumber]

Dikawasan tropika, pokok Ara Beringin terseragam besar dan indah bagi taman dan keadaan lain seperti tepi jalan. Ia sering ditanam bagi tujuan ini.

pokok Ara Beringin popular sebagai pokok dalam rumah dikawasan serdahana, disebabkan ketahanannya kepada keadaan kurang elok; ia terbaik di bawah pancaran matahari terik, tetapi tahan di tempat teduh. Ia perlu disiram jumlah serdahana pada musim panas, dan hanya perlu dielakkan daripada kering semasa musim sejuk. Ia sensitif kepada sejuk dan perlu dilindungi daripada angin sejuk yang kuat. Apabila ditanam dalam rumah, ia mampu tumbuh besar dan perlu dicantas atau dipindahkan.

Daunnya sensitif kepada pertukaran cahaya. Apabila dialih, ia mungkin menggugurkan daunnya dan diganti dengan daun baru apabila menyesuaikan diri dengan cahaya.


Pokok ini amat sesuai sebagai bonsai dalam rumah. Ini kerana ketahanannya dengan persekitaran dalam rumah.

Ancaman Akar[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat [1] dalam Helaian Fakta ST-251 menyatakan "Akarnya tumbuh dengan pantas menguasai taman, menyelit di bawah dan mengangkat pejalan kaki, lambo, dan laluan kereta." Mereka memutuskan bahawa dalam bentuk pokok, ia terlalu besar bagi tanaman kediaman, dengan itu dalam kawasan tersebut spesies ini hanya digunakan sebagai pagar atau halangan pandangan yang perlu dicantas..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Frith, H.J.; Rome, F.H.J.C. & Wolfe, T.O. (1976): Food of fruit-pigeons in New Guinea. Emu 76(2): 49-58. HTML abstract


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z