Pokok Ara Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pokok Ara Perak
Pengelasan saintifik


Pokok Ara Perak (bahasa Inggeris: White-leafed Fig) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Moraceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya yang dahulunya dipanggil Ficus alba kini digelarkan Ficus grossularioides. Buahnya merupakan sumber makanan burung. Ia ada dicatat dalam kamus bahasa Melayu / Inggeris R. J. Wilkinson (1903).

Taruk Pokok Ara Perak dimakan sebagai salad di Jawa, Indonesia, dan daun-daunnya digunakan untuk merawat gangguan ginjal.

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Ara Perak adalah pokok malar hijau yang kecil dan yang boleh mencapai 10 meter (33 kaki) tingginya. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:

  • Daun: Berbentuk bujur ketika matang.
  • Buah dan bunga: Berbentuk bulat dan berwarna merah ketika masak. Buah ini tumbuh dari dahan-dahan secara langsung. Sebenarnya, buah ara ini adalah suatu rongga yang mengandungi bunga-bunga jantan dan betina. Pokok Ara Perak mempunyai perhubungan yang istimewa dengan penyengat ara yang merupakan serangga tunggal untuk mendebungakan bunga-bunganya. Penyengat ara masuk ke dalam buah ara melalui satu lubang yang amat kecil pada pangkal buah. Pengebungaan terjadi di dalam buah.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Di kawasan tropika, pokok Ara Perak terseragam besar dan indah bagi taman dan keadaan lain seperti tepi jalan. Ia sering ditanam bagi tujuan ini.

Pokok Ara Perak popular sebagai pokok dalam rumah Di kawasan serdahana, disebabkan ketahanannya kepada keadaan kurang elok; ia terbaik di bawah pancaran matahari terik, tetapi tahan di tempat teduh. Ia perlu disiram jumlah serdahana pada musim panas, dan hanya perlu dielakkan daripada kering semasa musim sejuk. Ia sensitif kepada sejuk dan perlu dilindungi daripada angin sejuk yang kuat. Apabila ditanam dalam rumah, ia mampu tumbuh besar dan perlu dicantas atau dipindahkan.

Daunnya sensitif kepada pertukaran cahaya. Apabila dialih, ia mungkin menggugurkan daunnya dan diganti dengan daun baru apabila menyesuaikan diri dengan cahaya.

Ancaman Akar[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan Perhutanan Amerika Syarikat [1] dalam Helaian Fakta ST-251 menyatakan mengenai pokok Ara "Akarnya tumbuh dengan pantas menguasai taman, menyelit di bawah dan mengangkat pejalan kaki, lambo, dan laluan kereta." Mereka memutuskan bahawa dalam bentuk pokok, ia terlalu besar bagi tanaman kediaman, dengan itu dalam kawasan tersebut spesies ini hanya digunakan sebagai pagar atau halangan pandangan yang perlu dicantas..

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z