Pokok Ayam Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ayam Emas
Pokok Ayam Emas
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Pteridophyta
Kelas: Pteridopsida
Order: Cyatheales
Famili: Dicksoniaceae
Genus: Cibotium
Spesies: C. barometz
Nama binomial
Cibotium barometz
(L.) J.Sm.
Sinonim

Polypodium barometz L.

Pokok Ayam Emas ialah sejenis pokok paku gajah dalam keluarga pakis Dicksoniaceae. [1] Ia juga dikenali sebagai Penawar Jambi, Pakis Monyet, Pakis Emas, Pakis Sun Go Kong dan juga Pakis Hanuman, dan golden chicken fern dalam bahasa Inggeris. C. barometz merupakan tumbuhan asal sebahagian China dan sebelah barat Semenanjung Malaysia. Pokok ini tumbuh hanya pada ketinggian 1 m (3 ka 3 in), apabila tegak tetapi sering kali rundup, membentuk kelompok di cerun hutan terbuka dan di kawasan dibuka. Bukaannya mencecah panjang hingga 3 m (10 ka).

Herba ini mempunyai kegunaan perubatan. Bulu pokok ini dikatakan boleh digunakan untuk menghentikan pendarahan. Sungguhpun mempunyai taburan yang luas, ia dikutip secara meluas di Asia Tenggara, menyebabkan kemerosotan dalam saiz populasi dan jumlah individual. Ia dipercayai sebagai "Vegetable Lamb of Tartary" pada zaman pertengahan.

Spesies ini merupakan salah satu sejumlah kecil pokok pakis yang pada awalnya diletakkan oleh Carl Linnaeus dalam keluarga pakis Polypodiaceae dalam bukunya Species Plantarum.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Large, Mark F.; John E. Braggins (2004). Tree Ferns [ILLUSTRATED]. Portland, Oregon: Timber Press, Incorporated. ms. 360. ISBN 978-0881926309. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]