Bakau putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Bakau Putih)
Bakau putih
frames
Pengelasan saintifik


Bakau putih atau juga dikenali sebagai pokok Berus[1], ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Rhizophoraceae yang terdapat dari Asia Tenggara sehingga ke Australia. Nama botaninya Bruguiera cylindrica.[2]

Pokok Bakau Putih boleh tumbuh dalam tanah yang tidak sesuai untuk spesies-spesies bakau yang lain. Kayu pokoknya boleh digunakan sebagai kayu api atau kayu binaan. Radikel-radikel (struktur yang kelihatan seakan-akan akar kecil) muda boleh dimakan sebagai sayur atau diawet selepas mendidih.

Pokok Bakau Putih mungkin merupakan pokok bakau yang paling banyak terdapat di Singapura.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Bakau Putih yang mempunyai akar-akar banir dan pneumatofor-pneumatofor yang berlutut tumbuh sehingga 20 meter (65 kaki). Ciri-ciri fizikal yang lain adalah seperti berikut:

  • Kulit kayu: Licin dan berwarna kelabu. Baunya yang aneh menakutkan ikan-ikan.
  • Daun: Tumbuh bertentangan, dengan lai yang nipis, berbentuk elips dan berwarna hijau muda. Warna stipulnya kuning pucat atau kehijau-hijauan.
  • Bunga: 2-5 bunga pada setiap rumpun. Sepal-sepal yang berwarna hijau muda menjulur pada sudut tegak terhadap buah. Biji-bijinya bercambah di dalam buahnya. Hipokotilnya (bahagian embrio yang terletak betul-betul di bawah kotiledon) sehingga 15 sentimeter panjang, dan kelihatan seakan-akan rokok hijau atau keungu-unguan yang sedikit melengkung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PREFERRED CHECK-LIST OF SABAH TREES Forestry Department Sandakan, Sabah" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-10-23. Dicapai pada 2014-11-15.
  2. ^ The Malaysian Forester, Volume 68, Issue 1 - Volume 70, Issue 1, Officers of the Forest Department, Malaysia., 2005 - Forests and forestry