Pokok Bakung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bakung
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Asparagales
Famili: Amaryllidaceae
Genus: Crinum
Spesies: C. asiaticum
Nama binomial
Crinum asiaticum

Pokok Bakung atau juga dikenali sebagai rumput tembaga suasa, nama sainsnya Crinum asiaticum[1] merupakan sejenis pokok beracun dalam keluarga Amaryllis. Daunnya sepanjang 3-4 kaki panjang. Pokok ini mempunyai kelebaran 5 kaki - 8 kaki apabila matang.

Ia juga dikenali dengan nama Bakoh, Bawang Tembaga, Bunga Tembaga Suasa.

Pokok Bakong merupakan sejenis pokok herba yang tumbuh dari bebawang. Daun Bakung biasanya memanjang sehingga 2 meter dari pangkal tanah sehingga hujung daun. Daunnya sepanjang 50-150 cm panjang, berbentuk tirus atau lebar, dengan kelebaran 3.5 sehingga 20 cm lebar.

Bunganya berwarna putih dan wangi pada waktu malam. Kelopak bunga sepanjang 6-12.5 cm dan 4-12 mm lebar.

Ia digunakan sebagai ubatan dalam perubatan tradisional.

Pokok Bakung memerlukan banyak cahaya matahari.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok bakung membiak dengan kaedah bebawang. Apabila matang, bebawang boleh dipisahkan dan dialih ke tempat yang lain.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z