Pokok Bebaru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bebaru
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malvales
Famili: Malvaceae
Genus: Thespesia
Spesies: T. populnea
Binomial: Thespesia populnea
(L.) Sol. ex Correa</small


Pokok Bebaru atau Pokok Baru-baru ialah pokok arboresen setinggi 5-10 meter (boleh mencapai sehingga 20 meter) yang terdapat di persekitaran pesisir pantropika. Walaupun ia mungkin merupakan pokok asli Dunia Lama. dan mungkin merupakan pokok asli Hawaii dan tempat-tempat yang lain di Lautan Pasifik, ia telah disebarkan oleh orang Polinesia yang awal kerana kayu dan gentiannya yang berguna. Nama saintifiknya Thespesia populnea (L.) Sol. ex Correa. [1]

Di Pulau Pitcaim, Pokok Bebaru amat umum pada suatu ketika, akan tetapi ia kini telah dibalak secara giat. Pada sepanjang abad ke-20, penduduk Pitcaim telah belayar ke Pulau Henderson bagi memperoleh kayu pokok ini untuk membuat barang-barang aneh sebagai sara hidup mereka (Binggeli, 1999).

Bunga Pokok Bebaru memainkan peranan yang penting dalam perjuangan kemerdekaan Sri Lanka, dan dijual oleh Gerakan Suriya-Mal sebagai ganti untuk popi bagi membantu bekas anggota tentera asli.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Kayu Pokok Bebaru digunakan untuk membuat thavil, alat muzik Carnatic di India Selatan. Kayu ini merupakan bahan kerja kayu yang popular (biasanya dijadikan mangkuk) di Hawaii kerana warna-warninya (dari warna sawo matang ke kuning sehingga merah). Secara tradisi, ia ditumbuh di dusun suci dan digunakan untuk mencipta arca agama di seluruh Polinesia timur. Kayu Pokok Bebaru juga digunakan untuk tablet rongorongo di Pulau Easter. (Orliac 2005).

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok Bebaru boleh dibiakkan dengan mengasingkan anak pokok dari rumpun induk. Ia juga boleh ditut pada batang pokok yang lurus dan sihat. Cara ini akan menghasilkan pokok bebaru yang tidak berumpun atau `single trunk' dan sesuai utuk dimajukan sebagi pokok teduhan di kawasan pantai atau kuala sungai.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

* Thespesia populnea di laman sesawang: Australian native hibiscus and hibiscus-like species.

  • Binggeli, Pierre. 1999. Miro
  • Orliac, Catherine. 2005. "The Rongorongo Tablets from Easter Island: Botanical Identification and 14C Dating." Archaeology in Oceania 40.3.