Pokok Bebuta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bebuta
Excoecaria agallocha in Krishna Wildlife Sanctuary, Andhra Pradesh, India.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Malpighiales
Famili: Euphorbiaceae
Tribus: Hippomaneae
Genus: Excoecaria
Spesies: E. agallocha
Nama binomial
Excoecaria agallocha
L.

Pokok Bebuta atau juga dikenali sebagai Pokok Buta-Buta, adalah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia. Nama saintifiknya Excoecaria agallocha Linn.[1] Nama saintifiknya dari Ex-caecare’ bererti 'Membutakan' (dalam Latin), dan merujuk pada getah putih beracun genus ini. ‘Agallocha’ bererti kayu lembut beresin (dalam Greek), dan mungkin merujuk pada persamaannya dengan spesies Aquilaria malaccensis (= A. agallocha) yang biasa digunakan dalam penghasilan gaharu di Asia.[2].

Pokok bebuta merupakan sejenis pokok yang getahnya beracun dan mampu menjejaskan mata[3], dengan itu ia tidak sesuai ditanam berhampiran rumah kediaman kerana boleh mengancam kanak-kanak. Ia biasa terdapat di tebing sungai sekitar bakau di kawasan muara.

Pokoknya mampu mencecah ketinggian sehingga 8 meter.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z