Pokok Belinjau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Belinjau
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Gnetophyta
Kelas: Gnetopsida
Order: Gnetales
Keluarga: Gnetaceae
Genus: Gnetum
Spesies: G. gnemon
Nama binomial
Gnetum gnemon
L.

Pokok Belinjau, juga dikenali sebagai Pokok Belingar, ialah salah satu spesies Gnetum yang berasal dari Asia Tenggara dan pulau-pulau Lautan Pasifik barat, iaitu dari Assam selatan dan timur merentasi Malaysia dan Indonesia sehingga ke Filipina dan Fiji. Nama saintifiknya Gnetum gnemon.


Huraian botani[sunting | sunting sumber]

Berbeza dengan kebanyakan spesies Gnetum  yang lain yang merupakan pokok akar, Pokok Belinjau ialah pokok yang kecil hingga sederhana sehingga 15-20 meter tingginya.

Daunnya malar hijau, bertentangan, dengan 8-20 sentimeter panjangnya dan 3-10 sentimeter lebarnya. Warnanya kuning gangsa ketika muda, tetapi menjadi hijau tua yang kilat ketika matang. Pokok Belinjau tidak menghasilkan sebarang bunga dan buah sejati kerana pokok ini bukannya tumbuhan angiosperma. Strobilusnya yang seakan-akan buah tidak melebihi kulit serta biji yang besar bak kekeras, dengan panjangnya 2-4 sentimeter.

Pokok belinjau tergolong dalam kumpulan gimnosperma, iaitu pokok yang hidup di zaman purba.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok Belinjau jarang ditanam secara intensif. Kayunya dapat digunakan sebagai bahan papan. Daun yang muda, "bunga" (baik jantan mahupun betina) dan bijinya (baik yang muda mahupun yang sudah masak) boleh digunakan sebagai sayur (misalnya sebagai sayur ulam). Biji belinjau boleh dikisar menjadi tepung dan digoreng menjadi empint atau ditumbuk dan dijadikan kerepek binjai. Rasanya kerepeknya pahit sedikit dijadikan sebagai makanan ringan.

Sebagai sumber makanan, biji belinjau mengandungi kadar urea yang agak tinggi dan oleh itu, tidak sesuai dimakan pada jumlah yang banyak terutama bagi mereka yang menghadapi masaalah gaut.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Pucuk dan buah muda belinjau mengandungi khasiat makanan yang agak tinggi, terutama vitamin A dan vitamin C. Dalam tiap 100 gram (g) bahagian yang boleh dimakan mengandungi: Air 75.1 (miligram) mg, protein 6.6 g, lemak 1.2 g, karbohidrat 9.1 g, serat 6.8 g, kalsium 151 mg, fosforus 224 mg, ferum 2.5 mg, vitamin A 10889 I.U. Niasin 1.2 mg dan vitamin C 121 mg.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]