Pokok Beluntas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Beluntas
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Asterids
Order: Asterales
Famili: Asteraceae
Genus: Pluchea
Spesies: P. indica
Nama binomial
Pluchea indica
(L.) Less.
Sinonim

Baccharis indica L. (basionym)

Beluntas atau beluntas paya (Inggeris: Indian marsh fleabane, Indian camphorweed, Indian fleabane, Indian pluchea) ialah sejenis ulam yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Pluchea indica.[1]

Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai jumlah kepelbagaian kehidupan, haiwan dan tumbuhan yang tinggi "mega diversity". Sebagai sebuah negara yang kaya dengan tumbuhan, Malaysia mempunyai pelbagai pokok herba yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan.

Pokok herba merujuk kepada tumbuhan renek berbatang lembut. Pada kebiasaannya pokok herba mempunyai batang yang lembut dan berair. Pokok-pokok herba telah lama digunakan oleh orang-orang Melayu dan Cina sebagai bahan ubat atau penguat tenaga.

Pucuknya dijadikan sebagai ulam dan boleh juga sebagai salah satu ramuan untuk nasi kerabu. Rasanya masam-masam manis dan berangin serta berbau harum.

Ciri botani[sunting | sunting sumber]

Beluntas ialah pokok renek herba sederhana besar yang boleh meninggi sehingga 2 m. Batang separa berkayu ini terdapat banyak cabang dan mudah bertunas, diselaputi bulu-bulu halus. Daun tunggal, sederhana besar, sedikit berisi, tirus panjang, tepi bergerigi kasar bergelombang, berwarna hijau terang, pucuk muda berwarna kuning, permukaan berkilat, tangkai pendek dan berbau. Bunga majmuk, bersaiz kecil, putih atau keungguan, terdapat dalam jambak bunga di hujung dahan. Buah atau biji berwarna putih, halus, banyak rerambut halus berfungsi memudahkannya melayang ditiup angin.

Penanaman[sunting | sunting sumber]

Ia sesuai ditanam di kawasan yang menerima cahaya matahari penuh atau separa penuh di bawah naungan.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Daun mengandungi air, karbohidrat, magnesium, serat, steroid, vitamin, alkoloid, flavonoid, saponin, asid chlorogenik, natrium, kalium, aluminium, kalsium, alkohol benzil, asetat benzil, eugenot, kamfor, kardinol, linalool, pinen-alkaloid, dan minyak pati.[perlu rujukan]

Beluntas boleh dimakan bagi merawat penyakit keputihan bagi wanita, disentri, haid tidak menentu, nafas berbau, peluh berbau, badan berbau, sakit urat pinggang, sengal-sengal, sakit sendi (reumatisme), sakit otot, dan ulser. Ia juga boleh dimakan untuk awet muda dan bagi orang yang kurang berpeluh.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]