Pokok Bonglai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bonglai
Buah bonglai
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudikot
(tiada peringkat): Asterid
Order: Lamiales
Famili: Bignoniaceae
Genus: Oroxylum
Spesies: O. indicum
Nama binomial
Oroxylum indicum
(L.) Benth. ex Kurz[1] or Vent.[2]

Bonglai, bonglai kayu, bolai kayu, kulai, merkulai, bol, boloi, bikir, bekak, merulai, atau pokok biji lunang ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya Oroxylum indicum Vent. [3]

Pucuk dan buah muda bonglai boleh dibuat ulam dengan mencelurkannya dahulu kemudian dimakan dengan sambal belacan, budu, cencaluk dan pencecah yang lain. Buahnya boleh dibuat kerabu. Daunnya berasa sedikit kelat dan pedas.

Ciri botnai[sunting | sunting sumber]

Lukisan botani bonglai.

Pokok sederhana besar setinggi 20 m, tidak banyak dahan. Daun majmuk, sederhana besar, anak daun dengan ukuran lebar yang hampir sama, bertangkai pendek, bentuk lonjong, pucuk muda berwarna hijau kekuningan dan bertukar hijau tua setelah matang. Bunga majmuk, sederhana besar, berbentuk corong, putih kekuningan, berbau busuk, terdapat dalam jambak bunga yang keluar di hujung dahan. Buah besar, panjang meleper, sedikit bengkok dan berjuntai. Biji kecil, banyak terkandung dalam buah, sangat nipis, putih.

Bunga bonglai.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Ia mengandungi air, karbohidrat, tanin, baicalin, glukosa, serat, krisin, alkoloid, kalsium, kalium, zink, zat besi, magnesium, fosforus dan vitamin.[perlu rujukan]

Bonglai dikatakan boleh merawat sakit perut, rematisme, luka yang membawa jangkitan, angin dalam perut/usus, pembuka selera makan, rawatan ibu selepas bersalin, demam panas, kolera, bengkak sendi, disenteri, sakit kepala (migrain), limpa bengkak, sakit gigi, sakit urat, tekanan darah tinggi, dan darah bertoksik atau kotor.[perlu rujukan]

Nama berkait[sunting | sunting sumber]

Terdapat juga pokok yang mempunyai nama yang hampir serupa, antaranya adalah :-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.bioinfo.cn/db05/KmzwSpecies.php?action=view&id=2421
  2. Oroxylum indicum (L.) Vent.
  3. INDEX TO SCIENTIFIC NAMES of Tropical Tree Species along with their Vernacular Names