Pokok Bunga Tahi Ayam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Bunga Tahi Ayam
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: [[Lamiales]]
Famili: [[Verbenaceae]]
Genus: Lantana
Spesies: L. camara
Binomial: Lantana camara


Pokok Bunga Tahi Ayam atau juga dikenali sebagai Bunga pagar mempunyai nama saintifik Lantana Camara . Ia merupakan spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga verbena, Verbenaceae, yang berasal pada Amerika tropik.[1][2][3] Ia telah disebarkan kebahagian lain dunia sebagai tumbuhan hiasan dan dianggap spesies invasif dikebanyakan kawasan tropik dan separa-tropik.[4]


Pokok Bunga Tahi Ayam (Lantana Camara) merupakan sejenis pokok berbunga yang mempunyai bentuk yang cantik tetapi berbau kurang menyenangkan.

Ia merupakan sejenis pokok renek berbulu dan digunakan dalam perubatan Melayu.

Terdapat sekitar 100 jenis lantana. Ketinggiannya boleh mencapai 3-5 kaki. Kelebaran tumbuhan ini boleh mencapai ke 8 kaki. Batangnya berduri dan daunnya pula berbau yang kurang menyenangkan . Bunga tumbuhan ini berbentuk payung dan mempunyai pelbagai warna dari kuning, merah jambu, ungu dan kuning kemerahan.

Warna bunga ini juga berubah megikut peringkat iaitu dari warna putih ke warna kuning, warna jingga ke warna merah dan warna pink ke warna ros kemerahan. Perubahan warna ini berubah mengikut kepada iklim. Kebiasaannya tumbuhan renek ini hanya didapati di negara-negara beriklim lembap sahaja. Buahnya pula berbentuk tangkai, berwarna hijau, merah dan biru kehitaman. Pokok Lantana ini lazimnya sangat jarang dirosakkan serangga ataupun haiwan, ini kerana pokoknya yang beracun.

Habitat dan taburannya[sunting | sunting sumber]

Julat asal bunga tahi ayam termasuk Mexico, Amerika Tengah, Greater Antilles, The Bahamas, Kolombia, dan Venezuela.[5] Ia dipercayai sebagai tempatan di bahagian bawah Lembah Rio Grande, Texas di Amerika Syarikat.[6] Ia telah menjadi biasa di kawasan tropika dan panas seluruh dunia.[7] Di tanah tinggi Kenya ia tumbuh di kebanyakan kawasan yang menerima hujan minima. Ia boleh dilihat liar dan sepanjang laluan pejalan kaki, padang terbiar, dan ladang.[8] West Indian Lantana menjadi biasa di Amerika Syarikat, terutama di lapangan persisiran Atlantik, dari Florida ke Georgia, di mana cuaca menyamai cuaca asal, dengan suhu dan kelembapan tinggi.[2]

Keracunan[sunting | sunting sumber]

West Indian Lantana dilaporkan menyebabkan haiwan jatuh sakit selepas memakannya.[7] Kandungan pentacyclic triterpenoids pada daunnya menyebabkan hepatotoksik dan fotosensitif pada haiwan ragut sepertibiri-biri, kambing, dan lembu,[9] and horses.[10] Haiwan ternakan meragut tumbuhan ini menyebabkan kerugian besar di Amerika Syarikat, Afrika Selatan, India, Mexico, dan Australia.[9] Buah berinya boleh dimakan apabila masak[11] sungguhpun sebagaimana buah-buah lain beracun serdahana pada manusia dan haiwan ketika masih hijau.

Kesan ekologi[sunting | sunting sumber]

Bunga pokok Tahi Ayam dengan labah-labah ketam putih (Misumenoides formosipes, kanan bawah) menantikan mangsa.

Pokok Bunga Tahi Ayam merupakan spesies invasif dan melitupi sebahagian besar India, Australia dan kebanyakan Afrika.[12] Ia bertapak di kawasan baru apabila biji benihnya disebarkan oleh burung. Sebaik sahaja ia sampai di kawasan baru, Pokok Bunga Tahi Ayam tersebar dengan pantas. It coppices so well, that efforts to eradicate it have completely failed. It is resistant to fire, and quickly grows in and colonizes burnt areas.[13] It has become a serious obstacle to the natural regeneration of important native species including the Shala Tree (Shorea robusta) in Southeast Asia, as well as plants in 22 other countries. In greenhouses, L. camara is notorious for attracting whitefly.[7][14] In India they bear fruit all year round and this appears to have an impact on bird communities.[15]

While considered a pest in Australia, it shelters several native marsupial species from predators, and offers a habitat for the vulnerable Exoneura native bee, which nests in the hollow stems of the plant.

L. camara has been listed as a Category One "Invasive Toxic Species" in Florida by the Florida Exotic Pest Plant Council, and has become a problem in Texas and Hawaii.[2][14]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah masyarakat menjumpai kegunaan lain bagi bunga Tahi Ayam, kerana ia sukar dihapuskan. Sesetengah perabut rumah, seperti meja dan kerusi dihasilkan dari batangnya, atau dahan kecil diikat bagi menghasilkan penyapu.[8]

Hiasan[sunting | sunting sumber]

Pokok Bunga Tahi Ayam telah menjadi tumbuhan laman yang popular kerana ketahanannya. Ia tidak terjejas oleh serangga perosak dan penyakit, tidak memerlukan banyak air, dan tahan suhu melampau. Ia merupakan spesies kegemaran rama-rama, dan digunakan di taman rama-rama di Amerika Syarikat.[2] Spesies liar mungkin memiliki duri cangkuk pendek. Kultivar Lantana digemari sebagai tumbuhan hiasan cenderung memiliki batang berherba ("herbaceous") kecil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Efren and Luisa Gonzalez (2007). "Fill your garden with sunshine". The Western Sun Newspaper. http://www.thetenerifesun.com/Issue-172/page32.htm. Capaian September 19, 2007. [pautan putus]
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 Floridata LC (2007). "Lantana camara". Floridata LC. http://www.floridata.com/ref/L/lant_c.cfm. Capaian September 19, 2007. 
  3. Moyhill Publishing (2007). "English vs. Latin Names". Moyhill Publishing. http://www.moyhill.com/html/english_vs_latin_names.html. Capaian September 19, 2007. 
  4. New South Wales National Parks and Wildlife Service (2007). "Lantana - fact sheet". Department of Environment and Climate Change - NSW. http://www.nationalparks.nsw.gov.au/npws.nsf/content/lantana_factsheet. Capaian September 19, 2007. 
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan GRIN tidak disediakan
  6. Hagne, Martin (2009-01-01). "Native Lantana Species of the LRGV" (PDF). The Sabal (Native Plant Project) 26 (1): 3. http://nativeplantproject.com/SABALS/SABAL0109.pdf. 
  7. 7.0 7.1 7.2 Florida Exotic Pest Plant Council (2005). "Florida Exotic Pest Plant Council: Lantana camanara" (PDF). Florida Exotic Pest Plant Council. http://www.fleppc.org/ID_book/lantana%20camara.pdf. Capaian September 19, 2007. 
  8. 8.0 8.1 Khanna, L. S.; Prakash, R. (1983). Theory and Practice of silvicultural Systems. International Book Distributions. m/s. 400 pages. 
  9. 9.0 9.1 Barceloux, Donald G. (2008). Medical Toxicology of Natural Substances: Foods, Fungi, Medicinal Herbs, Plants, and Venomous Animals. John Wiley and Sons. m/s. 867–868. ISBN 9780471727613. http://books.google.com/books?id=CpqzhHc072AC. 
  10. Burns, Deborah (2001). Storey's Horse-Lover's Encyclopedia: an English & Western A-to-Z Guide. Storey Publishing. m/s. 302. ISBN 9781580173179. http://books.google.com/books?id=DzTaTRqJTjgC. 
  11. Herzog et al. (1996), Coppens d'Eeckenbrugge & Libreros Ferla (2000), TAMREC (2000)
  12. ISSG database: Lantana camara (accessed 30 April 2009)
  13. Hiremath, Ankila; Bharath Sundram. (2005). The Fire-Lantana Cycle Hypothesis in Indian Forests. Conservation and Society. http://dlc.dlib.indiana.edu/archive/00002445/. 
  14. 14.0 14.1 Florida Exotic Pest Plant Council (2005). "Florida Exotic Pest Plant Council: List of Invasive Species". Florida Exotic Pest Plant Council. http://www.fleppc.org/list/05List.htm. Capaian September 19, 2007. 
  15. Aravind, NA, Dinesh Rao, KN Ganeshaiah, R Uma Shaanker & JG Poulsens (2010). "Impact of the invasive plant, Lantana camara, on bird assemblages at Malé Mahadeshwara Reserve Forest, South India". Tropical Ecology 51 (2S): 325–338. http://tropecol.com/pdf/open/PDF_51_2S/J-04.pdf. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]