Cekur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Cekur)
Lompat ke: pandu arah, cari
Cekur
Pokok cekur di taman botani
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Zingiberales
Keluarga: Zingiberaceae
Subkeluarga: Zingiberoideae
Tribus: Kaempferia
Genus: Kaempferia
Spesies: K. galanga
Nama binomial
Kaempferia galanga
(Linn.)

Cekur atau cekur putih atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn [1] dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Lukisan Kaempferia galanga

Herba kecil tumbuh mencecah 10 cm, tumbuh merumpun. Isi rizom berwarna putih dan kulit berwarna coklat keperangan. Daun tunggal, lebar, tiada tangkai, berbentuk panjang memujur dengan hujung meruncing, pucuk muda berwarna hijau muda, daun tua berwarna hijau tua, permukaan berkilat, berbau wangi. Bunga tunggal, sederhana besar, keluar dari celah ketiak daun, mempunyai empat kelopak, berwarna putih keunguan.

Ulam[sunting | sunting sumber]

Rizom cekur yang dikupas kulit, ditumbuk bersama cili lalu dimakan bersama nasi. Pucuk muda cekur pula dimakan mentah atau dicelur dan kemudian dicecah dengan cecahan seperti sambal belacan, budu, cencalok ataupun pencecah yang lain. Pucuk yang dihiris halus boleh dimasukkan ke dalam masakan seperti nasi kerabu, nasi ulam dan kerabu. Rasanya sedikit pedas dan rangup serta wangi apabila dimakan.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Rizom cekur mengandungi pati, air, zink, kalsium, kalium, zat besi, minyak atsiri berupa sineol, asid metil kanil dan asid cinnamik, etil aster, borneol, kamphene, paraeumarin, asid anisik, alkaloid dan gam.[perlu rujukan]

Ia popular di kalangan ibu-ibu yang baru bersalin bagi mengeluarkan angin dan menguncupkan rahim. Terdapat juga mereka yang memakannya bagi mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam panas. Ia mempunyai bahan yang dapat bertindak sebagai antibakteria, antifungus dan antikeradangan. Dengan mengamalkan memakannya, ia dapat mencegah sakit, sengal tulang, awet muda dan dapat antioksidan.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]