Pokok Cermai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Cermai
Buah cermai
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Phyllanthaceae
Tribus: Phyllantheae
Subtribe: Flueggeinae
Genus: Phyllanthus
Spesies: P. acidus
Nama binomial
Phyllanthus acidus
(L.) Skeels.
Sinonim

Phyllanthus distichus Müll.Arg.
Cicca acida Merr.
Cicca disticha L.
Averrhoa acida L.

Cermai atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.

Buah cermai biasanya dimakan mentah bersama garam atau dijadikan jeruk (masin/masam ataupun manis). Buah muda boleh dijadikan ulam dengan ditumbuk bersama dengan sambal belacan dan dimakan bersama nasi. Pucuk mentah atau yang dicelur atau direbus boleh dicecah bersama sambal belacan, budu, cencaluk atau pencecah yang lain. Rasa buahnya masam dan pucuk pula masam dan sedikit kelat. Terdapat biji benih tunggal yang keras di tengah-tengahnya.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Pokok cermai adalah kecil setinggi 3-9 m. Batang tidak banyak bercabang. Daun tunggal, berbentuk bujur telur, susunan berselang-seli di ranting kecil sehingga kelihatan seperti daun majmuk, pucuk muda berwarna hijau kekuningan campur kemerahan. Bunga majmuk, mempunyai jenis jantan, betina atau dwijantina (hermafodit), berwarna merah jabmu, terdapat dalam jambak bunga yang keluar dari batang dan dahan. Buah berbentuk bulat berlekuk enam, kulit berwarna kuning, warna isi kekuningan, dan rasa masam.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Daun cermai mengandungi banyak air, karbohidrat, saponin, flavonoida, tanin, polifenol, protein, lemak, dan serat. Manakala buah cermai pula mengandungi serat, mineral dan vitamin C. [1]

Dikatakan memakan pucuk cermai dapat merawat alahan kulit, penawar racun gigitan serangga biasa, lumbago, sengal-sengal peha, tekanan darah tinggi, dan kanser.[perlu rujukan] Buahnya pula dapat merawat sembelit.

Pokok cermai boleh didapati di ketinggian antara 0-1,000 meter. Ia mampu tahan pelbagai jenis tanah termasuk tanah berpasir.

Pembiakan[sunting | sunting sumber]

Pokok cermai merupakan pokok monoecious. Ia berbunga dan berbuah kemuncaknya antara Januari-May di Karabian dan sepanjang tahun di Asia Tenggara. Bunga ini berbunga antara Februari-April di Florida. Buahnya matang antara 90-100 hari. Pokok cermai mula menghasilkan hasil yang banyak ketika berusia sekitar empat tahun.


Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]