Pokok Daun Lidah Gajah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Daun Lidah Gajah
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Alismatales
Famili: Araceae
Genus: Aglaonema
Spesies: A. nitidum
Binomial: Aglaonema nitidum


Pokok Daun Lidah Gajah (bahasa Inggeris: Elephant's Tongue, Burmese Evergreen, Chinese Evergreen atau Silver Queen) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal dari Borneo, iaitu Sabah, Sarawak, dan Kalimantan.


Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Pokok Daun Lidah Gajah tumbuh sehingga 1 meter (3 kaki 3 inci) tinggi, dan kekadang ditanam sebagai tumbuhan hiasan. Ciri-ciri fizikalnya adalah seperti berikut:

  • Batang pokok: Kuat tetapi tidak berkayu.
  • Daun: Berwarna hijau tua dengan bintik-bintik putih atau kelabu. Daunnya amat panjang sehingga 40 sentimeter (16 inci).
  • Bunga: Amat kecil dan tumbuh pada tangkai yang tegak. Bunga jantan tumbuh di bahagian atas tangkai, sedangkan bunga betina tumbuh di bahagian bawah. Bunga-bunga dilindungi sebahagiannya oleh suatu tudung yang digelarkan spate.
  • Buah: Berwarna merah terang, lembut, dan banyak airnya ketika masak.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.