Pokok Daun Senduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Daun Senduk
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Asterids
Order: Lamiales
Keluarga: Plantaginaceae
Genus: Plantago
Spesies: P. major
Nama binomial
Plantago major
L.

Daun Senduk, daun sendokan, ekor angin, daun sejumbok, sendokan, atau daun urat (Plantago major) ialah sejenis tumbuhan saka yang boleh didapati di Eropah dan utara dan timur Asia.

Pucuk dan daun muda daun senduk boleh dibuat ulam dengan mencelurnya dahulu sebelum dicecah bersama dengan sambal belacan, budu, cencalok atau pencecah yang lain. Rasanya manis, lemak-lemak kelat.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Ia pokok renek berbatang lembut, tumbuh rendah dan bersaiz kecil. Daunnya tersusun membentuk roset, tertumpu pada pangkal batang yang pendek. Daun jenis tunggal, berbentuk bulat membujur, pangkal daun agak membulat, tepi bergerigi yang cetek, pucuk muda berwarna hijau muda bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan sedikit berkilat, mempunyai tangkai daun yang panjang. Bunga kecil, tersusun pada jambak bunga yang panjang serta tegak menghala ke atas, keluar dari celah ketiak daun. Buah kecil, hijua ketika muda dan bertukar ke warna coklat setelah tua.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Daun senduk mengandungi karbohidrat, air, serat, kalium, kalsium, zink, glukosid, aucubin, plantagin, asid ursolik, bethasitosterol, hentria-contane, rhinantin, plantaglucide, methyld-galacturonate, D-3-galaktos, L-arabinose dan L-rhmmose, vitamin A, B1, dan C.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat sakit batu karang, gastrik, sakit ketika haid, darah bertoksik, kitaran haid tidak sekata, lemah tenaga, kencing manis, tekanan darah tinggi, kencing tidak lawas, hepatitis, sistem perkumuhan bermasalah, sakit ginjal, sakit pundi kencing, sakit saraf, disentri dan gonorea.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]