Pokok Duit-duit (Cina)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Duit-duit
Kultivar Epipremnum aureum yang beraneka warna
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Liliopsida
Order: Alismatales
Famili: Araceae
Subfamili: Monsteroideae
Genus: Epipremnum
Spesies: E. aureum
Nama binomial
Epipremnum aureum
(L.) Engl.
Pokok Duit-duit

Pokok Duit-duit (bahasa Inggeris: Centipede tongavine,, Silver Vine, Devil's Ivy, dan Taro vine serta money plant, khususnya di India ) ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Araceae yang berasal daripada Malaysia, Indonesia, dan New Guinea. Pada suatu ketika digolongkan dalam genus Pothos, pokok ini kekadang silap digelarkan sebagai filodendron oleh kedai-kedai tumbuhan.

Pokok Duit-duit ialah sejenis liana yang tumbuh sehingga 20 meter tinggi, dengan batang pokok sehingga 4 sentimeter diameternya. Pokok ini memanjat melalui akar-akar udara yang bercangkuk pada dahan pokok-pokok yang lain. Daun-daunnya malar hijau dengan bintik-bintik kuning, berselang-seli, dan berbentuk jantung. Daun-daun muda adalah seluruh dan tumbuh sehingga 20 sentimeter panjangnya. Ketika matang, daun-daun itu mencapai 100 sentimeter panjang dan berbentuk pinatifid, iaitu mempunyai lekuk sehingga tulang daun. Bunga Pokok Duit-duit berbentuk infloresen sehingga 23 sentimeter panjang, tetapi tidak pernah dinampak di Malaysia dan Singapura.

Penanaman dan kegunaan[sunting | sunting sumber]

Pokok Duit-duit ialah sejenis pokok hias-rumah yang popular. Terdapat banyak kultivar yang mempunyai daun-daun yang beraneka warna, termasuk warna putih, kuning, dan hijau muda. Pokok ini sering dipergunakan sebagai hiasan oleh pusat membeli-belah, pejabat, dan tempat-tempat awam yang lain disebabkan pokok ini amat lasak dan tidak memerlukan banyak jagaan. Selain itu, daun-daunnya amat menarik dan amat cekap untuk menghapuskan bahan-bahan cemar seperti formaldehid, xilena, dan benzena.

Sebagai pokok hias-rumah, Pokok Duit-duit boleh tumbuh melebihi dua meter tinggi, jika diberikan sangga yang sesuai. Untuk hasil yang terbaik, pokok ini memerlukan kecerahan cahaya yang rendah hingga sederhana. Pokok ini tidak dapat bertahan daripada cahaya terang, dan cahaya matahari langsung akan membakar daun-daunnya. Pokok Duit-duit menyukai suhu antara 17 dan 30 °C. Secara amnya, pokok ini hanya memerlukan air ketika daun-daunnya berasa kering jika disentuh. Baja cecair boleh dibubuh pada musim bunga, dan pasunya harus ditukar setiap beberapa tahun. Bagaimanapun, pokok ini adalah pokok yang tegap dan dapat bertahan daripada setakat penganiayaan. Pokok Duit-duit boleh ditanam secara hidroponik dengan mudah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]