Pokok Gajus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gajus
Buah gajus yang sudah sedia untuk dituai.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperma
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Rosids
Order: Sapindales
Keluarga: Anacardiaceae
Genus: Anacardium
Spesies: A. occidentale
Nama binomial
Anacardium occidentale
L.

Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung [1] adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale [2] dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang.

Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.

Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat.

Ciri-ciri botani[sunting | sunting sumber]

Lukisan botani gajus.

Ia pokok sederhana besar setinggi 8-12 m, bercabang banyak, kanopi terbuka. Batang melengkung, berkayu, bergetah. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berselang-seli, bertangkai, berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, urat daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat, licin, urat sisi jelas kelihatan. Bunga kecil, terdiri dari jantan dan betina tersusun dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Buah jenis nat, berbentuk ginjal, keras, berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang. Pudung buah yang disangka buah berwarna kuning atau merah setelah matang.

Khasiat[sunting | sunting sumber]

Buah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur.[perlu rujukan] Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol.[perlu rujukan]

Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah.[perlu rujukan]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]