Pokok Galak Tua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Galak Tua
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Tiada maklumat
Famili: Roxburghiaceae
Genus: Stemona
Spesies: S. Tuberosa
Binomial: Stemona Tuberosa Lour


Pokok Galak Tua adalah sejenis pokok yang terdapat di hutan Malaysia. Ia juga dikenali sebagai Ubi Kemili, Pokok Seratus, Stemona, Pecah Kelambu.

Pokok Galak Tua merupakan sejenis herba menjalar yang mepunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona.

Pokok ini berasal dari Madagaskar atau Afrika tropika dan tersebar hingga ke Sri Lanka, Thailand, Malaysia dan Indonesia. Ia adalah sejenis herba saka berumpun, setinggi 60 hingga 90 sm dan ditanam sebagai tanaman semusim. Batangnya lembut, semi-sukulen, bersegi empat, pubesen, melentur atau menegak dan tumbuh pada buku ruas bahagian bawah pohon yang ditumbuhi akar.

Daunnya ovat hingga sub-orbikular, bes kuneat, tepi daun bergerigi kasar, berukuran 2 hingga 6 sm panjang, 1.5 hingga 4 sm lebar dan berwarna hijau muda. Daun ini beraroma apabila diramas. Infloresen terminal, berjambak tegak, berbunga banyak, kecil dan berwarna keunguan.

Herba ini berubi dan rupanya seakan-akan ubi kentang. Ubi ini berukuran 2 hingga 4 sm panjang, 0.5 hingga 2 sm lebar, berwarna hitam keperangan dan isinya berwarna putih susu.

Ubi kemili mengandungi khasiat makanan yang agak sederhana. Dalam setiap 100 g, bahagian yang boleh dimakan ubinya mengandungi: Air 75 g, protein 1.6g, lemak 0.1 g, karbohidrat 21.7 g, serat 0.7 g, kalsium 51 mg, fosforus 27 mg, ferum 1.1 mg, natrium 7 mg, kalium 338 mg, vitamin 0, vitamin B1 0.16 mg, vitamin B2 0.07 mg, niasin 2.0 mg vitamin C 8.1 mg.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]