Pokok Keladi Senduk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Keladi Senduk
260px
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Alismatales
Famili: Limnocharitaceae
Genus: Limnocharis
Spesies: L. flava
Binomial: Limnocharis flava


Pokok Keladi Senduk atau juga dikenali dengan nama keladi merawan, paku rawan, keloyok, lagung (Iban), centongan (Jawa), sesenduk, kelor (Sabah), selimpat, kemelin (Perak), kelayau, keladi itik, keladi layar, genjer (Indonesia), kelayar (Negeri Sembilan), samsir (Sarawak), kelayo dan yellow burrhead leaf. (bahasa Inggeris: Yellow velvetleaf) adalah sejenis pokok ulam akuatik yang terdapat di hutan dan paya Asia Tenggara. Nama botaninya Limnocharis flava.

Ia sekitar 50 cm tinggi dan pokoknya tumbuh setompok. Ia mempunyai daun berbentuk tiga segi dan batang berongga adalah berkabus ("glabrous"). Jambak bunganya memiliki bentuk tersediri, menghasilkan bunga kuning berkelopak tigasekitar keratan rentas 1.5 cm. Buahnya berbentuk spherikal. Subgguhpun ia bukan tumbuhan terapung, benihnya disebar secara di bawa arus.[1]

Pokok Keladi Senduk tumbuh di kawasan air tawar bertakung cetek, di kawasan berpaya. Ia kadang kala menceroboh sawah padi di mada ia boleh membentuk rumpai. Sebagai spesies ceroboh ia telah menjadi rumpai di sesetengah kawasan paya basah di bahagian lain dunia.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]