Pokok Lagundi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Lagundi
daun, benih (kiri), bunga (kanan)
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Eudicots
(tiada peringkat): Asterids
Order: Lamiales
Keluarga: Lamiaceae
Genus: Vitex
Spesies: V. trifolia
Nama binomial
Vitex trifolia
L.

Pokok Lagundi (juga disebut Legundi) dengan nama saintifiknya "Vitex trifolia L." merupakan sejenis pokok renek yang mampu tumbuh setinggi lima meter. [1]

Ciri-cirinya[sunting | sunting sumber]

Pokok Lagundi digambarkan sebagai kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ianya mampu tumbuh tinggi. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daun berkilat di bahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.

Di sesetengah tempat ianya juga dikenali sebagai pokok Lemuni, Dangla, Lipuk, Tigau, Three leaves chaste tree, Indian Privet dan Indian wild-pepper. Namun Lemuni pula terbahagi kepada Lemuni putih dan Lemuni hitam dimana daunnya boleh dijadikan ulam dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni. [2]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat tempatan. Akarnya digunakan untuk pencegah kehamilan, rawatan selepas bersalin. Manakala batangnya pula digunakan untuk menyembuhkan bengkak dan eksim.

Biji pokok Lagundi juga digunakan sebagai pereda batuk, penyegar badan serta untuk merawat masalah rambut. Manakala buahnya digunakan sebagai ubat cacing dan melancarkan perjalanan haid.

Daun pokok Lagundi juga dikatakan berkhasiat serta digunakan untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan, mabuk, masuk angin, menurunkan suhu badan, meredakan kejang, serta batuk. Bagi wanita pula daunnya pula dikatakan berkhasiat bagi melancarkan haid serta membersihkan rahim.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "GRIN Species Records of Vitex". Germplasm Resources Information Network. United States Department of Agriculture. http://www.ars-grin.gov/cgi-bin/npgs/html/splist.pl?12733. Capaian 2010-12-12. 
  2. Spices Journey Nasi Lemak Lemuni 17 Mei 2012.


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z