Pokok Melaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Melaka
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Malpighiales
Famili: Phyllanthaceae
Genus: Phyllanthus
Spesies: P. emblica
Binomial: Phyllanthus emblica
Sinonim lain

Cicca emblica Kurz
Emblica officinalis Gaertn.
Mirobalanus embilica Burm.
Phyllanthus mairei Lév.


Pokok Melaka (bahasa Inggeris: Indian gooseberry; nama botani: Phyllanthus Emblica) ialah sejenis pokok daun luruh daripada famili Phyllanthaceae. Pokok ini yang terdapat di Malaysia dan India terkenal untuk buahnya yang boleh dimakan. Nama umum untuk pokok ini termasuk:

serta aonla, aola, amalaki, amla berry, dharty, aamvala, aawallaa, emblic, emblic myrobalan, nellikai, nillika, dan usareekai.

Lebih banyak cendikiawan dan ahli sejarah bersetuju pada hari ini bahawa negeri Melaka memperoleh namanya daripada nama pokok ini. Jalan fikiran mereka berasas daripada tabiat penduduk tempatan pada masa itu yang suka menamakan tempat mengikuti nama pokok ataupun tumbuhan. Banyak pokok melaka pada masa itu bertumbuh di tebing Sungai Air Lereh.

Morfologi[sunting | sunting sumber]

Pokok melaka ialah sejenis pokok yang kecil hingga sederhana, dan mencapai ketinggian antara 8 hingga 18 meter. Batangnya bengkok, dan dahan-dahannya terbuka luas. Bentuk daunnya mudah sahaja dengan tangkai yang pendek, dan bunganya berwarna kuning hijau.

Buah melaka berwarna hijau kuning muda, berbentuk hampir bulat dengan enam jalur tegak, dan masak pada musim luruh. Rasanya pahit dan masam. Oleh sebab buah ini lebih berserabut berbanding buah yang lain, buah Pokok Melaka tidak boleh banyak dimakan tanpa dimasak; sebenarnya, buah ini biasa dimakan dengan garam, dan segelas air sebaik sahaja selepas makan sebiji buah yang besar menyebabkan air itu berasa yang lebih manis. Buahnya dikatakan mengandungi vitamin C sebanyak 720 mg setiap 100 g isi buah yang segar, atau sehingga 900 mg setiap 100 g jus yang diperah.

Di India, buah pokok melaka biasanya dijeruk dan digunakan sebagai bahan utama untuk Chyawanprash, sejenis tonik Ayurveda. Patinya biasa digunakan untuk dakwat, pewarna, syampu dan minyak rambut.

Dalam agama Hindu, pokok melaka dianggap sebagai sejenis pokok suci yang disembah sebagai Ibu Bumi di India.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]