Pokok Mempening

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Mempening
Lithocarpus edulis, Jepun
Lithocarpus edulis, Jepun
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
(tiada pangkat) Eudicots
(tiada pangkat) Rosids
Order: Fagales
Keluarga: Fagaceae
Genus: Lithocarpus
Blume
Spesies

Lihat teks.

Pokok Mempening merupakan sejenis genus tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lithocarpus.[1][2]

Pokok Mempening merupakan darimana buah manjakani dituai. Buah manjakani merupakan hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok Mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria.

Isi kandungan

[sunting] Spesies

  • Lithocarpus burkillii
  • Lithocarpus cleistocarpus
  • Lithocarpus crassinervius
  • Lithocarpus curtisii
  • Lithocarpus densiflorus
  • Lithocarpus dodonaeifolius
  • Lithocarpus edulis
  • Lithocarpus erythrocarpus
  • Lithocarpus formosanus
  • Lithocarpus glaber
  • Lithocarpus hancei
  • Lithocarpus hendersonianus
  • Lithocarpus henryi
  • Lithocarpus indutus
  • Lithocarpus kingianus
  • Lithocarpus kingii
  • Lithocarpus kostermansii
  • Lithocarpus kunstleri
  • Lithocarpus maingayi
  • Lithocarpus neorobinsonii
  • Lithocarpus ovalis
  • Lithocarpus pachyphyllus
  • Lithocarpus platycarpus


[sunting] Lihat juga

[sunting] Rujukan

  1. Plantation Timber: FSC Certification Report Sabah Softwoods Berhad
  2. P. Köhler (2001), Tree species list of Sabah, University of Kassel - Center for Environmental Systems Research, http://www.usf.uni-kassel.de/ftp/dokumente/specieslists/sabah/phd_sl_frame_sabah_small.pdf, capaian 7 Oktober 2011 

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain