Pokok mentega

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Pokok Mentega)

Pokok mentega
Bisbul
Seralat
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
D. blancoi
Nama binomial
Diospyros blancoi
Sinonim
  • Cavanillea mabolo Poir.
  • Cavanillea philippensis Desr.
  • Diospyros blancoi A.DC.
  • Diospyros durionoides Bakh.
  • Diospyros mabolo (Poir.) Roxb. ex Lindl.
  • Diospyros mabolo Roxb. ex J.V.Thomps.
  • Diospyros malacapai A.DC.
  • Diospyros merrillii Elmer
  • Diospyros philippensis (Desr.) Gürke
  • Diospyros utilis Hemsl.
  • Embryopteris discolor (Willd.) G.Don
  • Mabola edulis Raf.

Pokok mentega, bisbul atau seralat (nama saintifk: Diospyros blancoi[1][2]) merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan-hutan Asia Tenggara, terutamanya di Kepulauan Filipina.[3]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Buah yang dihasilkan pokok ini diberi nama "buah mentega" atau "buah lemak"[2] kerana tekstur isi buah yang dirasa licin lemak seakan mentega. Ia juga mempunyai seberapa nama setempat lain yang diberi serantau Asia Tenggara termasuk:

Botani[sunting | sunting sumber]

Bisbul merupakan pohon yang sedang tingginya, 10-30 m, meskipun umumnya hanya sekitar 15 m atau kurang. Batangnya lurus, dengan pepagan berwarna hitam atau kehitaman, diameter hingga 50 cm atau lebih di pangkal batang, bercabang kurang lebih mendatar dan bertingkat, dengan tajuk keseluruhan berbentuk kerucut yang lebat dan rapat daun-daunnya sehingga gelap di bagian dalamnya. Daun-daun tersusun bersng, berbentuk lonjong, 2,5-12 × 8-30 cm, bertepi rata, dengan pangkal membundar dan hujung meruncing, bertangkai sekitar 1,7 cm. Sisi atas daun hijau tua, mengkilap, seperti kulit; sisi bawah berbulu halus, keperakan. Daun muda hijau muda sampai merah jambu.

Berumah dua, bunga-bunga jantan tersusun dalam payung menggarpu, 3-7 kuntum, di ketiak daun; berbilangan 4, daun mahkota berbentuk tabung, putih susu. Bunga betina soliter, bertangkai pendek dan terletak di ketiak daun. Buahnya bulat berdimensi 5-12 × 8-10 sm dengan kulit berbulu halus dirasakan seperti baldu, buah ini muncul perang kemerahan kemudian merah terang dan lalu agak kusam apabila masak, dengan “topi” dari kelopak bunga yang tidak rontok. Isi buahnya berwarna keputihan, agak keras dan padat kering. Bau yang dikeluarkan agak keras busuk[4] sehingga dirasa memualkan bagi sesetengah orang yang menyamakan ia dengan najis kucing; namun isi buah mempunyai rasa manis berlemak.[4] Biji hingga 10 butir, berkulit kecoklatan, berbentuk baji agak mirip keping buah jeruk, 4 × 2,5 × 1,5 cm (di bagian tebalnya).

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Hirisan buah bisbul

Buahnya dapat dimakan segar atau sebagai campuran minuman dan rojak.[5] Kandungan serat buah ini juga dipercayai membantu merawat sakit sembelit.[4] Buah ini juga mempunyai manfaat mengurangkan rabun dan penyakit selaput mata serta membantu melambatkan proses penuaan untuk tujuan kecantikan diri.[4][5]

Kayu pokok bermutu baik dengan bertekstur halus, kuat dan keras padat;[6] kayu ini diusahakan untuk membuat perabot, pintu tingkap, papan lantai serta alat senjata bela diri.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Buah Mentega". Melur.com.
  2. ^ a b Quattrocchi, Umberto (2016). CRC World Dictionary of Medicinal and Poisonous Plants: Common Names, Scientific Names, Eponyms, Synonyms, and Etymology. CRC Press.
  3. ^ Boning, Charles R. (2006). Florida's Best Fruiting Plants: Native and Exotic Trees, Shrubs, and Vines. Sarasota, Florida: Pineapple Press, Inc. m/s. 135. ISBN 1561643726.
  4. ^ a b c d Noor Atiqah Sulaiman (1 Mei 2017). "Kelebihan buahan nadir kurang didedahkan". Berita Harian.
  5. ^ a b "Apakah itu buah mentega?". Astro Awani. 26 November 2015. Dicapai pada 13 April 2021.
  6. ^ Paredes, Aldo (16 Dec 2010). Time Is of the Essence (dalam bahasa Inggeris). iUniverse. m/s. 323. ISBN 978-1-4502-7195-0. Dicapai pada 4 February 2021.
  7. ^ Traditional and Emerging Species for Furniture and Handicraft Industries (PDF). ERDB, College, Laguna, Philippines: Ecosystems Research and Development Bureau. 2010. m/s. 31. ISBN 978-971-8831-28-1. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 February 2021. Dicapai pada 4 February 2021.
Sumber utama
  • Verheij, E. W. M.; Coronel, R. E., penyunting (1997). Sumber Daya Nabati Asia Tenggara. 2: Buah-buahan yang dapat dimakan. Jakarta: PROSEA – Gramedia. ISBN 979-511-672-2 Check |isbn= value: checksum (bantuan).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]