Pokok Nanas
| Pokok Nanas | |||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pengelasan saintifik | |||||||||||
|
-->
|
|||||||||||
|
|
|||||||||||
|
Ananas comosus |
Pokok nanas atau nama saintifiknya Ananas comosus merupakan tumbuhan renek yang mempunyai daun yang panjang dan berduri. Ia merupakan sejenis tumbuhan tropikal dan buahnya, adalah tumbuhan asli kepada Brazil, Bolivia, dan Paraguay.
Tumbuhan ini berada dalam kumpulan bromeliad (Famili Bromeliaceae), tumbuhan yang rendah saka bak herba (herbaceous perennial) dengan 30 atau lebih daun yang panjang, tajam mengelilingi batang yang tebal. Buahnya dikenali sebagai pineapple kerana bentuknya yang seperti pokok kon pain. Perkataan asal orang Tupi untuk buah ini ialah anana, yang bermakna "buah yang sangat baik". Burung Madu (Hummingbird) merupakan pendebunga biasa.
Nanas menghasilkan buah yang besar dan berat yang boleh di makan, sebiji bagi setiap pokok. Buah nanas manis apabila masak, tetapi mempunyai kandungan asid yang tinggi yang menjadikan lidah seseorang pedar apabila banyak memakannya.
Lihat juga [sunting]
| Senarai pokok | |
|---|---|
| A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z |